Tips ringkas untuk sukses pada tahun 1439H

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Salam tahun baru 1439H. Semuga sahabat-sahabat sudah menulis misi hijrah yang tepat sebagai panduan perjalanan setahun yangg akan datang, kalau tidak takut sesat dalam terang.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dalam khutbah hari ini khatib berkata hijrah itu adalah apabila seorang insan meninggalkan segala larangan dan mengikut perintah ALLAH dengan semangat jihad dah keikhlasan hati, bukan paksaan atau kerana cinta pada dunia.

(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. – Surah Al-Hashr, 4.

Permulaan hari pertama 1439H

Sifu Abang ajar kita mesti tulis dengan tepat azam baru sebagai panduan perjalanan setahun. Menulis dengan KESUNGGUHAN bukan ada niat KALAU atau Saja nak Cuba … contohnya

  1. Nak bawa anak-anak, isteri dan ibu bapa mengerjakan umrah pada bulan Februaru 2018
  2. Nak mengerjakan haji bersama isteri/suami dengan pakej haji A
  3. Nak bayar zakat harta paling sikit RM50K
  4. Nak infaq harta paling sikit RM100K kepada yang sangat-sangat memerlukan.
  5. Nak qurban seekor kambing untuk setiap ahli keluarga pada musim haji tahun ini
  6. Nak buat 30 perigi pam untuk keluarga miskin di Kemboja
  7. Nak menulis 1000 perkataan setiap hari pada 4 bulan pertama kemudian naik kepada 2000 perkataan sehari pada 4 bulan kedua dan 3000 perkataan sehari pada 4 bulan terakhir.
  8. Membaca paling sikit satu buku ilmiah setiap bulan.
  9. Nak keluar 40 hari dalam negara untuk dakwah diri sendiri jadi insan yang beri manafaat pada agama.
  10. Nak ziarah 20 madarsah tahfiz dan sekolah agama di dalam negara dan di luar negara.
  11. Nak selesaikan semua hutang peribadi sebanyak RM30K (contoh) dan tidak menangguh pembayaran hutang rumah, kereta dan PTPTN

Ini sebagai contoh. Pasti kekawan ada misi tersendiri untuk memudahkan perjalan hidup kita pada tahun 1439H.

Kalau tidak nanti kita sesat berjalan dalam terang.

Perkara yang bagus kita buat pada 1 hijrah

  1. Doa untuk kebaikkan sepanjang tahun
  2. Puasa sunat
  3. Sedekah sebanyak yang mampu sebagai pelaburan untuk rezeki yg luasa dan berganda-ganda pada sepanjang tahun 
  4. Bacaa Yassin niat ALLAH permudahkan urusan sepanjang tahun
  5. Call ibu (utk yg masih ada) mohon doakan kebaikan
  6. Bayar sedikit hutang yg ada tanda azam nak selesaikan semua hutang

Ini sebahagian yangg guru ajar. Guru kekawan mungkin ajar ilmu yang lain. Tak kisah berbeza yang paling penting amalkan.

Doa melangkah tahun 1439H

Ya ALLAH kami berlindung kepada-Mu dari kesakitan dan kepedihan, kami berlindung dari kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan dan dari terlilit hutang, kami berlindung dari ilmu yg tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, amal yang tidak di angkat dan doa yang tidak didengar.

Cintakan kami kepada iman, bencikan kami pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Cukupkan kami dengan rezeki yang halal dan bukan yang haram. Jadikan Al Quran penyubur dan penawar dada dan hati kami, penghibur kesedihan dan kesusahan, pembimbing serta penuntun kami menuju Mu dan Jannah Mu.

Ya ALLAH kami memohon satu aib pun kecuali Engkau menutupinya, suatu hutang pun kecuali Engkau bukakan hati mereka yang berhutang melunasinya, suatu penyakit pun kecuali Engkau menyembuhkannya.

Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami dan muliakanlah kami.

Aamiin.

Selamat Tahun Baru 1439H.


Spread the love

60 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!