Tips pembangunan diri dalam Facebook oleh Khairul Hakimin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Strategi Bisnis 2018 oleh Sifu Khairul Hakimin“. Kali ini Abang nak berkongi tips bisnis oleh Bapak Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimi tuan punya blog Apemazing.com.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah FB page Denaihati Network dah masuk top 100 ranking paling popular Malaysia. Berbagai cara pengguna FB menggunakan akaun mereka. Ada yang berkongsi kisah kehidupan mereka dan ada yang mempromosi produk bisnis. Ramai yang membuang masa berjam-jam sehari menghabiskan masa dan duit melayan FB manakala ada yang menjadikan FB sebagai tempat menjana duit yang sangat banyak.

Abang memilih menjadikan FB sebagai platform membina jenama untuk menjana duit yang banyak, bukan membuang masa berkongsi pekara yang tidak ada manafaat malahan kekadang membuka aib sendiri. Ramai sifu-sifu mengajar cara menguruskan akaun FB untuk membina jenama antaranya yang paling viral adalah sifu Khairul Hakimin. Boleh ikut kelas beliau yang dianjurkan diseluruh negara. Untuk panduan kepada pembaca di sini, Abang kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook dari sifu Khairul Hakimin.

Ramai yang keliru dengan pembangunan diri di media sosial. Adakah perlu tiru sahaja mereka yang sudah popular atau sudah dikenali begitu sahaja? Atau relaks dan tenang jadi diri sendiri namun bina content secara perlahan-lahan.

Baik, begini:

Laluilah setiap satu cabaran di media sosial ini dengan fasa-fasa yang berbeza. Ianya memberikan kalian pengalaman yang amat berharga dalam membangunkan kredibiliti diri sebagai pemilik perniagaan atau apa sahaja yang kalian sedang ceburi.

1. Fasa Kampung (0 – 3,000 Pengikut).

Fasa ini adalah fasa pengenalan. Bangunkan penulisan content dengan santai. Perbanyakkan cerita mengenai diri, perjalanan kehidupan dan kisah-kisah yang kalian jumpa.

Untuk fasa ini, menjual dan membuat posting RM akan dirasakan sedikit payah. Namun tetap kena buat perlahan-lahan. Nisbahnya tetap kecil dan posting crowd perlu dibuat sebanyak banyaknya.

Waktu ini, elak beriya-iya membuat status dengan menaikkan pendapat sendiri. Kalian belum dikenali, nak sibuk beri pendapat tentang isu, entah-entah tak pasal-pasal kena bantai (bash) semula.

2. Fasa Pekan (3,001 – 10,000 pengikut).

Fasa ini adalah fasa membangunkan kepakaran. Nisbah posting perlu begini:

  • 40% kepakaran.
  • 30% ulasan isu.
  • 20% tips (apa-apa sahaja).
  • 10% kehidupan diri.

Di sini, jika nak menjual, buat posting kehidupan yang ada nilai RM. Dengan kata lain, jika mahu buat posting iklan sekalipun, ia mesti dalam bentuk story (copy-writing).

3. Fasa Bandar (10,001 – 25,000 pengikut).

Untuk fasa ini, kalian sudah semakin dikenali. Teruskan dengan nisbah Fasa Pekan, namun kalian perlu perbanyakkan posting crowd yang tersusun. Ia perlu masuk di bahagian posting kepakaran tersebut.

Sebagai contoh, kalian punya posting crowd ialah travel. Dan itu memang kalian punya kepakaran.

Jadi, posting travel mesti disusun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Wajib.

4. Fasa ADUN (25,001 – 50,000 pengikut).

Ini adalah fasa kalian sudah pun dikenali. Malah ramai yang mengatakan untuk jadi orang yang berpengaruh di media sosial, kalian wajib ada sekurang-kurangnya 25,000 pengikut.

Jika sudah sampai ke tahap ini, tahniah! Kalian sudah dikenali.

Bangunkan imej, bina pengikut dengan memberitahu tentang produk, kepakaran serta perkhidmatan yang dibuat.

Dan tidak lupa untuk perkenalkan diri ya!

5. Fasa Parlimen (50,000 – 100,000 pengikut dan seterusnya).

Waktu ini kalian sudah jadi idola seseorang. Posting kalian akan dinanti-nanti. Imej kalian sudah pun diterima.

Dan pada waktu itu, hanya jaga konsistensi posting yang bagus-bagus. Sentiasa alert dengan isu, dan sentiasa juga berinteraksi dengan audien dengan membalas komen, membuat live video dan sebagainya.

Fasa kita berbeza, cabaran juga berbeza, tenang sahaja okeh! Bina perlahan-lahan dan alaminya sendiri bagaimana perasaan tersebut.

Tips kepada yang ada follower kurang 3000

Ini langkah mudah untuk kalian baiki akaun personal profile kalian (untuk mereka yang buat bisnes dan ada bawah 3,000 pengikut).

1. Tidak penuhkan ruang friends. Itu adalah ruang berkawan dan memang untuk kawan sebenar.

2. Buka butang follow dengan buat tetapan: Facebook – Setting – Account Setting – Public Post – Public Profile – On.

3. Mana yang add kalian, dan kalian tidak kenal. Biar. Mereka otomatik menjadi follower. Apabila kalian delete friend request tersebut, mereka tetap jadi follower (jumlah follower tidak meningkat kerana dah jadi dah pun).

4. Pastikan gambar cover kalian adalah yang punyai nilai kehidupan. Bukannya produk, quote, poster dan sebagainya. Iklan mesti dalam posting, bukan di tetapan profile. Ini bukan page.

5. Pastikan juga gambar profile adalah gambar kalian seorang diri sahaja.

6. Menggunakan nama manusia. Bukan nama kedai, produk atau beritahu kalian sebagai apa. Elakkan ya.

7. Ejalah dengan betul. Ia membantu Facebook untuk detect bahasa apa yang kalian gunakan. Facebook sudah bangunkan lebih 240 bahasa di seluruh dunia dan ia boleh dilihat terjemahannya melalui See Translation. Rugi benar jika tidak menggunakannya dengan betul.

8. Bina komuniti positif di ruangan pengikut dengan membuat posting-posting yang beri impak positif kepada audien.

9. Buat posting yang orang akan klik butang share. Bukan sekadar like.

10. Balas komen sebaik-baiknya. Usahalah sebaik mungkin walau sebanyak-banyaknya. Jika tak larat, kasi like. Ia adalah penghargaan besar kepada pengikut.

Mana-mana yang berada dalam industri makanan, bangunkan restoran, produk, syarikat di page sebagai kedai.

Antara content yang sesuai di sana ialah:

1. Iklan – 2 kali seminggu.
2. Promosi. – 2 kali seminggu.
3. Resipi. – 3 kali seminggu.
4. Tips memasak – 3 kali seminggu.
5. Testimoni / gambar orang ramai – 5-10 kali seminggu.

Manakala bina profile pemilik bisnes (restoran atau produk tadi) di ruangan personal akaun.

Ini content yang sesuai untuk kalian:

1. Resipi – 2-3 kali seminggu.
2. Tips memasak mudah – 2-3 kali seminggu.
3. Kehidupan biasa – 1 kali setiap hari.
4. Bergambar dengan pelanggan – 2 kali seminggu.
5. Ulasan isu / produk – 2-3 kali seminggu.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad (klik follow FB)
Rindunya fasa kampung!


Spread the love

23 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!