Tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Carian Google Paling Trending Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli Ahmad. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea bijak Dr Azizul, sebelum ini tajuk “Panduan Beli Kereta Baru Bergaya” telah mendapat maklumbalas yang hangat.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah nama Dr. Azizul Azli Ahmad semakin meniti di bibir warga Malaysia. Selain Facebook follower yang sudah mencecah angka 114,389 (ketika entri ini ditulis), Dr Azizul juga semakin sering keluar di layar TV Astro dan Media Prima. Tulisan-tulisan Dr Azizul di Facebook beliau sangat bermanafaat dan memberi inspirasi kepada warga Malaysia. Kepada yang belum follow akaun FB beliau boleh lah klik Dr Azizul Azli Ahamd, rugi tak follow.

Kepada yang tidak kenal Dr Azizul Azli Ahmad. Ini sedikit bidoata beliau.

Azizul Azli Ahmad merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga merupakan pelabur yang aktif dalam bidang hartanah. Mula membeli kediaman pertama pada usia 25 tahun sebelum membeli kereta, beliau aktif melabur dalam hartanah bermula dari tahun 2012 apabila mula membeli hartanah lelongan. Hasilnya beliau berjaya memiliki beberapa kediaman impian untuk dijadikan sebagai trofi pelaburan. Beliau menjadikan pelaburan hartanah ini sebagai dana pendidikan dan harta untuk diwariskan serta sebagai punca pendapatan pasif keluarga. Dimasa hadapan ia bakal menjadi wakaf untuk dana ‘ke depan’.

Jika sebelum ini Abang sudah kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Sifu Khairul Hakimin, kali ini Abang nak kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli. Mari kita belajar dari dua insan yang sudah mempunyai Facebook follower melebihi seratus ribu serta berjaya dalam bidang yang mereka usahakan. Nak berjaya kena ikut formula insan yang sudah berjaya tak perlu cipta formula sendiri.

Jika kita ada impian jadikan Facebook medium pemasaran kita, mari kita mulakan awal tahun ini kawan.

1. Cari gambar profile yang jelas, jika baru bermula biar semua orang nampak muka dan biji mata kita. Janga terlalu artistik.

2. Cari bidang kepakaran kita apa, nak jadi pakar bidang apa tentukan awal tahun ini. Nak jadi perunding imej, agen hartanah, takafulman, dietman, juru jamu, perunding kahwin dan lain lain.

3. Belajar menulis konten setiap hari, ia akan bina kredebiliti dan orang akan percayakan kita nanti. Buat secara konsisten, jadualkan tulisan kita.

4. FB kita adalah channel TV kita, kita tentukan apa ‘rancangan’ yang kita nak siarkan. Jangan rancangan yang sama, sesekali siarkan drama. Orang kita suka drama ini.

5. Buat posting sehari minimum 2 kali. 80.3% pengguna fb post sehari dua kali.

6. Waktu petang tulis status yang ringkas dan padat, orang dah letih bekerja. Mereka suka humor dan cerita kelakar hambar kita.

7. Sasaran tahun ini penuhkan rakan bagi cukup 5000 dan ada 3000 pengikut dulu. Follo mereka yang berpengaruh dan page yang besar untuk tahu issu semasa.

Banyak manfaat jika kita ada pengaruh yang baik di Facebook ini. Boleh juga daftar masuk kelas saya jika berminat nanti.

Azizul Azli Ahmad


Spread the love

66 Comments

  1. Masuk tahun baru ni dah boleh praktikkan yang ni- Cari bidang kepakaran kita apa, nak jadi pakar bidang apa tentukan awal tahun ini. Yosh!

  2. Semua tips ni sangat menarik dan berkesan sekiranya di amalkan dengan baik . Nak 1000 day kan, taknak 1000 dalih

  3. Dua dua bidang yang diceburi dia berjaya. Dr Azizul mmg terbaik. Ni contoh ikon yang berjaya di dalam bidang pendidikan tapi berjaya juga di dalam bidang perniagaan.

  4. Waktu petang tulis status yang ringkas dan padat, orang dah letih bekerja. Mereka suka humor dan cerita kelakar hambar kita..sangat betul tips ni

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!