Tips menambah ramai follower Facebook untuk bisnis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri kami. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea-idea untuk membangunkan diri dalam sosial media sebelum ini sudah kongsikan ilmu “Tips pembanguna diri dalam FB gaya Dr Azizul Azli” dan “Tips menambah follower Facebook“.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kali ini Abang nak kongsikan satu lagi cara untuk menambah ramai follower Facebook. Kenapa kena ada ramai follower Facebook? Mudah untuk membina jenama dan menjual produk dengan kaedah pemasaran zero cost.

Facebook sudah menjadi lubok duit

Sifu Facebook ajar setiap bulan kita kena buat status perkenalkan diri khas untuk follower baru. Ilmu ni memang Abang buat sebab bila sifu sudah bagi Ilmu kenalah kita amalkan.

Hari ni Abang belajar satu lagi Ilmu baru.

Semalam seorang Sifu FB buat status perkenalkan diri pasti untuk follower baru beliau yang sudah lebih ratusan ribu ramainya.

Abang tengok ramai follower baru dan juga follower lama komen memperkenalkan diri mereka pada status tersebut, apa lagi Abang pun selit komen memperkenalkan diri juga.
Hasilnya sangat menakjubkan, dapat berpuluh follower baru.

Ilmu nya.
Bila kita menyelit perkenalkan diri bukan untuk perkenalkan diri kita pada sifu tersebut tapi paling power memperkenalkan diri kepada follower sifu yang jumlah beratus ribu tu.

Jadi bila sifu-sifu hebat seperti Meor Zaidee, dr Azizul Azli Ahmad, Datuk Roslan Ab HamidKhairul Hakimin MuhammadNur Aliah Mohd NorLyna NohFirdaus Azizi dan ramai lagi buat status perkenalkan diri bolehlah kita menyelit introduce diri tapi JANGAN spam kat status yang tak berkaitan nanti nampak sangat kita gelojoh dan kurang cerdik.

Sifu Facebook juga mengajar tidak perlu kita approve semua request untuk menjadi kawan. Approve hanya mereka yang kita kenal selebihnya biarkan sahaja sebagai follower. Kemudian nanti Follower yang sudah menjadi kawan dan selalu berinteraksi sahaja kita tukar status mereka menjadi kawan.

Salam perkenalan kepada semua follower baru dan jutaan terima kasih pada rakan-rakan lama yang terus setia bersama channel ini.

Nama saya Amir Hassan (jom follower kepada yang belum follow)
Seorang Blogger sejak 2008.
Asal Segamat dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Founder #denaihatinetwork
Suka travel #kembaraDH kemerata dunia.

Kalau free perkenalkanlah diri kalian supaya lebih cinta persahabatan kita.


Spread the love

8 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!