Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Rezeki Tuhan yang bagi tapi kita kena berusaha untuk mendapatkan sebanyak yang boleh. Lebih seronok apabila rezeki yang kita perolehi boleh digandakan dan bekerja untuk kita. Sebelum ini Abang telah menulis beberapa tips untuk mengandakan duit kita antaranya :
Kali ini Abang nak membawa pembaca kesatu dimesi yang berbeza tetapi maksudnya sama iaitu mengandakan duit dan biar duit bekerja untuk kita. Abang mulakan dengan kisah benar yang berlaku kepada sahabat Abang.
Beberapa hari lepas Abang buat mini open house aidilfitri untuk meraikan rakan-rakan trader. Rumah terbuka yang tidak dirancang tetiba idea datang daripada salah seorang rakan trader yang disambut rakan-rakan yang lain. Sorang sahabat yang datang lewat bawak buah tangan durian bermacam jenis, rasanya nilai lebih RM100. Abang nak bayar balik tapi sahabat tak terima, katanya nak belanja. Bersila kami depan rumah bentang tikar mengadap durian dua plastik. Alhamdulillah sedap, sendawa durian kami.
Terima kasih kepada sahabat Abang kerana belanja kami makan durian. Insyaa Allah pasti dapat pahala kerana belanja kami makan. Bukan itu sahaja khabarnya sahabat Abang dapat rezeki besar, dapat keuntungan bisnisnya lebih RM1,300 tak sampai 24 jam selepas belanja kami durian.
Teringat tazkirah seorang ustaz di surau beberapa bulan lepas, usaha bisnis kena buat semaksima yang boleh digabung dengan memberi pasti Tuhan bagi hasil yang lumayan. Bisnis kalau sekadar jual, jual dan jual belum tentu ada hasilnya.
Semua orang berbisnis sudah tentu nak gandakan modal menjadi untung berganda-ganda selain bantu masyarakat. Teorinya begitu tetapi bukan semua mencapai misi bisnis yang diharapkan. Ramai kawan-kawan bisnis yang sudah belanja beratus, beribu malahan puluh ribu ringgit untuk buat iklan tetapi mungkin 20%, 30%, 40% sahaja yang berjaya dan pasti tidak 100%.
Jadi Abang nak kaitkan kisah kawan Abang yang belanja durian dengan kisah berniaga bergantung hanya pada iklan 100%. Sebenarnya kawan Abang berjaya dalam bisnis kerana dia mengamalkan cara dengan banyak belanja orang makan. Paling best masa belanja tu tak pernah promo pun produk yang dia jual.
Modal bisnis yang kawan Abang buat adalah, bajet iklan yang ada contoh RM100 atau RM1000, 50% guna untukk iklan di FB ads atau Google Adwords atau lain-lain cara iklan dan 50% lagi digunakan untuk belanja orang miskin makan atau belanja kawan-kawan makan atau belanjalah sesiapa yang dia fikir layak.
Sebenarnya tips mengandakan duit cara belanja makan ini bukan sahaja diamalkan oleh sahabat Abang yang sorang ini malahan ramai yang telah berjaya mengguna cara ini.
Jadi kepada rakan usahawan yang selama ini gagal dalam berbagai bisnis walaupun dah belajar dengan berbagi sifu serta sudah mengguna berbagai strategi, cubalah cara ini. Memberi adalah magnet rezeki yang sudah di firmankan oleh ALLAH banyak kali di dalam Al Quran cuma keyakinan kita tiada. Kita lebih mengikut logik akal belanja iklan sekian akan dapat untung sekian.
Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245
Kuasa memberi sangat hebat, hanya mereka yang sudah merasai dapat menikmati dan tidak akan berhenti memberi. Kita orang Islam tidak yakin tetapi yang bukan Islam percaya 1000%. Semuga video ini mengubah cara fikir kita.
Selamat mencuba.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
55 Comments
Belanja ilmu dan tenaga pun, kalau ikhlas boleh dijadikan sedekah juga. Satu pemberian yang sangat besar nilainya. Belanja orang makna pun best.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..7 Sebab HB Rendah (Anemia) Semasa Mengandung
Guru kata buat, buat, buat dan buat sampai ikhlas jangan tunggu ikhlas baru nak buat.
Benar, walau rasa ikhlas belum tiba, buat sahaja sampai terbit rasa ikhlas.
Paksa untuk ikhlas sampai ikhlas datang dengan rela.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur
Setuju. Dan ramai juga yg rajin sedekah, bukan saja bertambah kaya, tapi juga sembuh dari penyakit kronik.
Allhamdulillah makin ramai suka berkongsi …maka lepas ni banyakkan ilmu-ilmu freemium..The more you give , the more you get back .. insyallah..
Curahan rasa Mohd Rawi othman @ ..3 Bisnes Mudah Dan Menguntungkan
Trafik blog bulan ini naik mendadak, ada maklumat yang berguna untuk diberikan kepada pembaca 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja 3 Kali Sehari Pakai RM500 Sebulan
Betul tu dengan memberi kita akan dapat lebih manfaat terutama di dalam rezeki dan juga duit
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..DIDI THE CAT CHARITY | LETS DONATE FOOD FOR STRAY CATS
ya betul tu abang denaihati, lagi banyak kita memberi, insyaAllah, lebih banyak yang kita akan dapat. Tak akan jadi miskin seseorang itu jika dia sentiasa bersedekah, kan? 🙂
Curahan rasa Mrejoy @ ..#6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!
betul sekali, ini amalan ini banyak sekali dipakai oleh non muslim, karena mereka yakin dengan banyak memberi usahanya akan semakin pesat, contoh kasus Microsof walaupun banyak yg bajakan tetapi perusahaannya semakin pesat dan berkembang, karena dengan banyak yang bajakan sebenarnya Microsoft lagi memberi.
Curahan rasa ade sunandar @ ..Testimoni Obat Herbal Flek paru-paru
dalam rezeki kita pastinya ada rezeki orang lain. ramai individu takut nak memberi sebab takut dia pula yang tidak cukup. sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima, tiada salahnya cuba buat lebih amal. mungkin rezeki lebih berlipat ganda lagi nanti.
Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala.
Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki. 🙂
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara
Memberi lebih baik dari menerima. Mari sama-sama kita praktikan dalam kehidupan seharian
Curahan rasa SAPS Ibu Bapa @ ..SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan
Beritahu dan kongsi apa pun yang anda tahu, jangan takut atau berasa lokek untuk berkongsi. Soal menjana pendapatan, ada saja pelanggan yang ingin melakukan sendiri apa yang anda ajarkan, namun ada juga pelanggan yang akan melantik anda untuk melakukan perkara tersebut kerana kepercayaan yang wujud hasil dari perkongsian anda itu. Itulah kelebihan berkongsi.
Curahan rasa Hadi @ ..Tempat Menarik Di Sarawak: 5 Lokasi Popular
subahanallah benar sekali denaihati, dengan banyak memberi atau shodaqoh di jamin tidak akan jatuh miskin, makasih untuk pencerahannya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Testimoni Obat Herbal Flek paru-paru
istemewanya ajaran Islam…segalanya dari Allah sumber segala ilmu dan kekayaan..bila diajar beri , maka memberilah kita..semoga dapat pahal kerana kita tergolong dalam gologan orang yang patuh
Curahan rasa nikrohayu @ ..TOP UP STOCK : BATIK COTTON VISCOSE BERKUALITI DAN HARGA PATUT SERTA CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Sama macam proses untuk kumpul list emel, mula mula beri ebook percuma, kemudian barulah proses follow up untuk buat jualan dijalankan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya
Tak lama lagi kita nak sambut Aidil Adha…. Selain Ramadhan dan Syawal, kita juga berpeluang untuk “memberi” dengan melaksanakan Ibadah Qurbn dan Aqiqah…
Curahan rasa Anuar @ ..Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!
Saya lapar ni. Layak untuk di belanja makan
Hehe
Kalau bajet iklan rm10000
Apa lah sangat belanja makan kan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Vitamin C Shaklee & Manfaat untuk ibu mengandung
puan Mazni Azmi …. ramai jer yang sudi belanja makan time raya macam ni.. tapi waktu buat open house lah… hehehe..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Comments are closed.