Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
tempoh hari ada yang bertanya bagaimana untuk menghantar proposal atau kertas kerja kepada bakal pelanggan yang ingin beriklan atau ingin mendapatkan perkhidmatan daripada kita sebagai seorang blogger atau social media influencer.
Bila ada yang bertanya, pasti ramai akan ada masalah yang sama, mari kita tengok apa perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin menyediakan proposal atau kertas kerja ini.
Kenal pasti terlebih dahulu keperluan bakal pelanggan
Setiap pelanggan ada keperluan yang berbeza-beza, adalah sangat penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu apakah keperluan pelanggan tersebut. Ada sesetengah syarikat hanya inginkan hebahan melalui media sosial, ada yang perlukan paparan di Google melalui penulisan artikel dan banyak lagi.
Setiap keperluan ini akan memberikan kita garis panduan untuk membuat proposal itu nanti. Jika tidak, kita akan memberikan proposal umum yang mungkin tidak menarik perhatian bakal pelanggan tersebut. Selain itu, jika berpeluang, kenalpasti berapa bajet yang boleh atau akan dikeluarkan oleh bakal pelanggan. Perkara ini agak rumit sedikit kerana tidak semua ingin memberitahu bajet mereka.
Kita perlu bijak menggunakan info-info yang kita boleh perolehi sama ada daripada wakil syarikat atau kelompok rakan kenalan kita yang mungkin mempunyai info berkaitan.
Menyediakan profile blog atau laman kita
Perkara seterusnya yang perlu kita sediakan adalah profile blog, profile peribadi atau profile laman kita. Jika blog peribadi, bermaksud profile melibatkan akaun media sosial dan blog kita. Dalam profile ini, kita ingin menjual diri kita sebagai influencer blogger dan seumpamanya.
Usah terpengaruh dengan profile orang lain, fokus pada apa yang kita kuat. Contoh blog kita mempunyai engagement tinggi berbanding akaun twitter kita. Fokus pada blog, highlight perkara-perkara yang penting ini. Jika twitter kita lebih aktif berbanding Facebook, fokus pada twitter, highlight akaun twitter.
Ini sangat penting, kerana kita ingin mempromosikan diri kita, bukan ingin membandingkan dengan orang lain. Biarkan client atau bakal pelanggan yang membuat penilaian sekiranya ada beberapa profile yang perlu mereka ukur. Apabila kita fokus pada kekuatan kita, pelanggan akan turut sama fokus pada apa yang kita tekankan.
Masukkan info-info penting seperti jumlah trafik, jumlah followers, likers, demografik jika ada, dan maklumat yang akan membantu pelanggan untuk membuat penilaian dan keputusan.
Proposal untuk perkhidmatan yang ditawarkan
Akhir sekali, barulah kita sediakan proposal berdasarkan perkhidmatan yang kita ingin cadangkan atau tawarkan. Kaitkan dengan keperluan pelanggan dan info dalam profile kita. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan berapa pula bayarang yang akan terlibat.
Jawab soalan sebelum mereka bertanya, bermaksud kita telah sediakan jawapan untuk persoalan yang mungkin mereka aka tanya. Andai kita telah menjawab persoalan-persoalan ini, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat keputusan. Proposal ini tidak perlu panjang sekiranya ianya untuk kempen yang ringkas atau tawaran perkhidmatan yang jelas.
Pecahan rutin dan cadangan jadual (jika berkaitan), boleh dilampirkan sekali untuk memudahkan pemahaman oleh bakal pelanggan.
Dan yang paling penting, sila sediakan satu surat rasmi kepada wakil syarikat yang akan menguruskan cadangan atau proposal kita tersebut. Ini sebagai langkah untuk menjaga etika dan nampak lebih profesional. Surat rasmi itu hanya menerangkan apa yang kita ingin cadangkan dan kemudian sediakan lampiran proposal dan profile untuk rujukan mereka.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan blogger yang masih berkira-kira untuk membuat proposal atau kertas cadangan kepada bakal pelangan.
44 Comments
Pertama sekali, sgt perlu kenal pasti terlebih dahulu apakah keperluan pelanggan tersebut.. mukadimmah kena cantik
rate card tu kena tepat. jangan tipu ya? nanti tak berkat duit yang kita makan tu
teruskan baca blog DH sebab banyak perkongsian blogging yang mereka tulis. good luck
sangat menarik kan perkongsian ini. Bolehlah disebarkan kepada kawan-kawan nanti. Ilmu yang berguna, wajib dikongsi bersama
ye.. sebarkan kepada mereka yang baru belajar nak bina blog.. bagus ilmu ni
Lain orang, lain industri, lain proposalnya. Tapi konten yang ringkas dan padat tetap menjadi pilihan dalam mana mana industri
blogger juga perlu belajar bab ni. terutama untk buat rate card paid review. kenalah nmpak pro sikit
Betul tu. Eh rate card dah kena update untuk tahun 2019 ni. Kena buat cepat cepat kot kot ada rezeki yg nak dtg nnt
kena update kot setiap tahun.. sbb kena masukkan statistik tu semua good luck bro
Betul tu. Rate Card kena nampak pro. Hasil kerja pun perlu menarik dan pro. Cara bekerja dgn PR juga kena lagi pro ..
Terima kasih di atas perkongsian info… mungkin satu hari nanti ada rezeki saya untuk sampai ke tahap macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bila difikirkan balik apa kekuatan yang saya ada sekarang ni? Tak ada.. semua akaun media sosial saya termasuk blog dah kelaut..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tahun 2019 boleh pasang azama untuk tingkatkan balik kekuatan media soial tuan..yosh dongibab
mungkin sbb kita ada kerja 9 to 5 kot.. kalau blogger full time lain cerita lah
insyaAllah kalau dah rezeki tuan anuar takkan ke mana. Pasti ke poket tuan juga nanti
Antara kelemahan paling ketara small business & enterprise M’sia. Proposal boleh membantu & biz pergi jauh dgn cepat, dari dapatkan kapitalis investments, colab, funding — baik biz online mahupun offline.
Curahan rasa Nieve @ ..Surat Terbuka Tun Rafidah kepada LHDN Derma RM2.08B Najib Tiada Status?
Kelemahan yang masih boleh diperbaiki lagi. Moga dengan blog post ini, dapat membantu membaik kelemahan ini
Nampaknya biz onlien semakin menjadi pilihan sbg satu perniagaan yang serius. bukan main main lagi
banyak lagi rupanya yang kena belajar soal IM ni. bukan senang nak impress future client
Curahan rasa nikkhazami @ ..Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus
tu la..memang banyak teknikal part yang nak kena belajar. Belajar satu hal, nak praktik pun satu hal
Assalamulaikum.. Pengkongsian menarik ni.. Baru taw propsal ni kena banyak baca lagi ni.. Tq denaihati kongsi.. Masih pembelajaran lagi ni
Nak kena buat proposal juga kepada pelanggan supaya usul yang kita berikan di terima
Beri penekanan pada kekuatan kita
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!
Yup, serlahkan kelebihan kita untuk bacaan yg memerlukan servis kita dlm proposal tu. Baru mereka lebih yakin
memang kena buat betul-betul propposal. Buat biarlah simple & padat.. Selalu baca proposal yang berjela-jela tapi konten yillek
Banyak lagi kena belajar ilmu pemasaran di internet ni kan
peluang dah ada siapa yang bijak akan rebut
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? Apa Badan Kita Cuba Beritahu!
Setuju tu, peluang dah sifu pun memang banyak ada. Tunggu diri sendiri nak mula bertindak je
kalau tak rebut sekarang kita akan ketinggalan.. peluang dh ada depan mata tu
Comments are closed.