Assalammulaikum dan selamat sejahtera.
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang gadis dari Ireland yang berumur 15 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan.
Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat – berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.
Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Hasil bedah siasat terhadap mayat Nora Anne Quoirin, mengesahkan remaja itu mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, remaja warga Ireland itu meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya, ditemui 1.57 tengah hari kelmarin.
“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.
“Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan,” katanya ketika sidang media di Seremban, hari ini.
Katanya lagi, terdapat juga kesan calar kecil pada kaki mangsa, tetapi ia tidak menjurus kepada kematiannya.
“Hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan dirogol. Tiada juga elemen dilarikan atau diculik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Mohamad berkata, beberapa sampel daripada tubuh Nora Anne diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Mengulas mengenai pejabat pendakwa raya Perancis yang membuka siasatan jenayah terhadap kes Nora Anne, beliau berkata, tidak mengetahui mengenai perkara itu.
“Bagaimanapun, pihak Perancis, Ireland dan United Kingdom terbabit dalam membantu siasatan kes ini,” katanya.
Sumber : metro
4 Comments
Berita tentang kematian Nora Anne ini juga diberitakan di Indonesia. Syukur masalah telah dapat diselesaikan dengan baik.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Jangan Pernah Menyerah untuk Mengejar Mimpi, Berikut Film Motivasi yang Bisa Merubah Hidupmu
Dah ajalnya di situ kan. Tak sangka disebabkan kelaparan dalam satu tempoh yang panjang boleh menyebabkan kematian..
Curahan rasa JMR @ ..Ebook Dato’ Sri Aliff Syukri Murah Berbanding Nilainya.
Kesiannya. Kita yang normal kalau sesat pun mesti sukar cari makanan. Inikan pula insan istimewa seperti Nora Anne. Semoga keluarga mendiang tabah..
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Hari Terbaik Melakukan Aqiqah
Kesian kat dia kerana di sebabkan kelaparan boleh menyebabkan kematian. Kalau kita ditempat dia boleh bayang susah nak cari makan dalam keadaan sesat dalam hutan tu
Curahan rasa Cik Ash @ ..Unique Gift Ideas To Add To Special Baby Hamper | Little Flower Hut
Comments are closed.