Tiada Solat Jumaat di Malaysia, Singapura dan Brunei ekoran penularan covid-19

Spread the love

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka MAIPs bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memutuskan supaya solat Jumaat di seluruh Perlis digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)  juga mengeluarkan arahan supaya solat jumaat ditangguhkan ekoran penularan covid-19 dari kluster Majlis Tabligh KL  di mana kini 2 rakyat singapura disahkan positif.

Muis akan mengambil langkah-langkah berikut untuk meminimakan sebarang kemungkinan penyebaran Covid-19 di masjid-masjid Singapura :

  1. Semua masjid di Singapura akan ditutup sementara untuk tujuan pembersihan menyeluruh bermula esok, dari 13 Mac sehingga 17 Mac.
  2.  Solat Jumaat untuk esok, 13 Mac akan ditangguhkan.
  3. Semua aktiviti Masjid akan digantung selama 2 minggu bermula esok 13 Mac sehingga 27 Mac.

Jawatan Kuasa Fatwa turut mengeluarkan fatwa berhubung kebenaran untuk menggantung solat Jumaat apabila terdapat kepentingan kesihatan umum dan keselamatan. Semua orang Islam dinasihatkan supaya melakukan solar Zohor bagi menggantikan solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat di ganti dengan solat zuhur di rumah di seluruh negara kerana penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata keadaan di negeri lain bergantung kepada keputusan pihak berkuasa agama masing-masing.

Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau juga disaran menjalankan kerja pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelak jangkitan COVID-19.

Selain itu, katanya, pengurusan jenazah yang maut akibat COVID-19 juga perlu dilaksanakan mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Ke-107, iaitu hukum pengurusan jenazah Islam disyaki atau disahkan menghidap Ebola.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!