Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Spread the love

Ujian dan musibah adalah antara tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Dalam Al-Qur’an, Allah SWT menceritakan dalam surah As- Shaaffaat ayat 139 hingga 148 ketika baginda Nabi Yunus AS ditimpa ujian baginda ditelan seekor ikan, namun baginda tetap mengingati Allah SWT.

Lalu Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayang-Nya mengeluarkan Nabi Yunus AS daripada ujian itu.

Cuba kita bermuhasabah dengan apa yang berlaku saat dan ketika ini. Bukan sahaja di negara kita, malah pelbagai negara lain juga turut menerima musibah daripada ujian Allah SWT yang datang bersama wabak Covid-19. Adakah kita hanya lalai di rumah tanpa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta?

Baca : Anehnya Doa Nabi Yunus A.S

Semoga dengan sedikit ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT, mudah-mudahan negara kita khususnya akan terhindar dan bebas daripada wabak penyakit ini.

Perintah untuk berdoa bukan sahaja ketika kita dalam keadaan susah, malahan juga ketika dalam keadaan selesa dan tenang.

Dalam surah Al-Ghaafir ayat 60, Allah SWT mengkhabarkan berita gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon sesuatu hajat dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Dalam situasi ini, selain kita mengikuti langkah pencegahan yang diberikan pihak berwajib sebagai seorang Mukmin yang mendambakan pertolongan daripada Allah SWT hendaklah sentiasa menggunakan senjata yang ampuh iaitu dengan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

Dalam sebuah hadis Riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiada yang boleh menolak qada’ Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan.”

Selain itu dalam sebuah hadis Riwayat Muslim, telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:

Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta” nescaya tidak akan berlaku perkara memudaratkan kamu.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Amalkan doa ini selepas setiap kali kita menunaikan solat fardhu ya. Ataupun boleh dijadikan zikir-zikir harian. Insyallah Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Berkuasa di atas sesuatu. Jangan malu untuk berdoa.

Jaga diri dan stay at home 🙂

Baca : “Rindu Geng Tabligh”


Spread the love

3 Comments

  1. kita hanya hamba lemah dan tanpa daya kecuali dengan pertolongan allah swt,,,Hanya mampur berdo’a agar kita semua dibebaskan dari waBAH INI..aamiin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!