Teruja tonton Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, filem wajib untuk bawa anak-anak ke panggung wayang!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, (The Lone Gibbon Kris)

Kembar animasi nombor 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu).

Masih teringat filem terdahulu, Geng : Pengembaraan Bermula pada 2009, namun jauh berbeza kualiti filem yang dihasilkan.

Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.

Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu “Buai Laju-Laju” dan Fakhrul Razi menyanyikan lagu “Keris Sakti” memang cukup menghiburkan. Kedua-dua lagu ini adalah Original Sound Track (OST) bagi filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Tarikh 21 Mac dipilih sesuai dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”.

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka menjumpai pada keris mistik di gudang Tok Dalang yang membawa mereka masuk terus ke dalam kerajaan Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke mantannya.

Dengan bantuan daripada watak-watak dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan terhibur yang dihasilkan oleh Les ‘Copaque Production Sdn. Bhd.

Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu.

Batu belah batu bertangkup, Si Tanggang, Singapura dilanggar todak dan beberapa lagi kisah rakyat dimasukkan di dalam filem ini.

Upin Ipin
Belalang
Mat Jenin
Nakhoda Ragam
Raja Bersiong

Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL adalah filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., penaja utama Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), penaja bersama iNEST, edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, FunNow sebagai rakan digital.

Ia juga disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019.

Penulis berkesempatan untuk menonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada tayangan perdana di GSC, Mid Valley Mall. Rata-rata peminat tidak kira kaum dan peringkat umur sangat teruja dan gembira menontonnya.

https://www.instagram.com/p/BupEJ5JFBao/

Penonton mesti lihat pertarungan akhir si pemegang Keris Siamang Tunggal dengan Raja Bersiong. Sesuatu yang cukup menarik dan ada adegan yang tidak disangka-sangka.

Siapakah pemilik asal Keris Siamang Tunggal itu?
Apakah ayat-ayat yang tertulis di Keris Siamang Tunggal? Dan apakah watak yang dilakonkan oleh Datuk Yasmin Mahmood?

Grafik dan sound system yang cukup menarik, ditambah dengan latar belakang muzik khas orkestra membuatkan kelihatan penonton ingin menyanyi bersama-sama. Elemen kisah rakyat dimasukkan dalam filem animasi ini, membuatkan penonton tersenyum dan terhibur sepanjang satu jam 40 minit tayangan.

Seperti biasa, perlu menonton dengan anak-anak serta keluarga dan lihat selepas kredit akhir tayangan kerana ada sesuatu yang akan diberitahu.

Upin Ipin, Betul Betul Betul!


Spread the love

13 Comments

  1. Terbaiklah Upin dan Ipin ni. Mungkin di satu masa nanti Les Copaque boleh mengeluarkan animasi superhero untuk audiens global. Barulah World!

  2. Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Sdn Bhd sangat dinantikan anak-anak. Berbanding Geng Pengembaraan 2009, akhirnya kawan-kawan Upin & Ipin seperti Mei-Mei, Mail, Fizi, Ehsan, Jarjit dan Ijat muncul dalam filem kali ini.
    Curahan rasa Nurol Huda @ ..Guru Al-Quran Mahu 50 Paket Gum ArabicMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!