Ternak kelulut projek berprestasi tinggi menjana pendapatan lumayan

Spread the love

Bila bercerita kisah madu pasti isu keaslian menjadi topik hangat kerana dalam pasaran terlalu banyak madu sintetik atau pun madu tiruan yang kelihatan seperti madu asli tetapi sangat bahaya kepada kesihatan. Peniaga mafia hanya mementingkan keuntungan kerana mereka tahu permintaa madu sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia terutama apabila dikaitan dengan makanan sunnah.

Peluang bisnis madu kelulut sangat besar di Malaysia kerana permintaan melebihi penawaran. Hasil daripada peluang hebat in, sekarang Saya sudah mempunyai 40 sarang kelulut dan ramai usahawan kelulut berjaya menjana pendapatan lumayan di seluruh Malaysia.

kelulut-denaihati

Berikut beberapa kisah kejayaan projek berprestasi tinggi menternak kelulut.

Akhir tahun 2014, Mohamad Aluis dari Kuching Sarawak mulai mengatur langkahnya dengan mendapatkan dua sarang pertama kelulut yang diperolehnya daripada hutan paya bakau yang terdapat di Sematan.

Menjelang 2015, sebanyak 40 sarang kelulut telah dapat beliau tempatkan di Taman Agro Niranur sebelum ditambah menjadi 160 sarang kelulut pada tahun berikutnya dan sebanyak 180 sarang kelulut pada tahun 2017. Sekarang sudah mempunyai sebanyak 220 sarang kelulut.

Dengan penambahan sarang, usaha itu membolehkan Mohd Aluis meningkatkan hasil pengeluaran madu kelulut daripada sekitar 50 kilogram sebulan pada mulanya menjadi kira-kira 100 kg ketika ini. Pendapatan yang pada mula-mulanya sekitar RM8,000 sebulan dapat ditingkatkan sehingga RM12,000 sekarang.

kelulut-sarawak

Projek kelulut Pejabat Hutan Ladang Kemasul di bawah Jabatan Perhutanan Pahang, fasa pertama projek membabitkan 18 unit sarang kelulut jenis trigona ditempatkan dalam kawasan hutan semula jadi yang sama dengan habitat asal serangga itu.

Projek bermula awal tahun 2018, mengeluarkan hasil setiap minggu dua hingga lapan kilogram madu, bergantung kepada keadaan cuaca dan pengeluaran bunga pokok.

kelulut-temerloh

Enggan berpisah jauh daripada keluarga dan pendapatan yang tak seberapa mendorong tiga graduan bersaudara Yuzaidi Marzuki, 31, Mohd Airil Che Sadom, 30, dan adiknya Ahmad Khirul, 26, berhenti kerja dan membuat keputusan pulang ke kampung untuk mengusahakan ternakan kelulut.

Sejak menternak kelulut di ladang kelulut “Three Brothers Bee Farm” di Kampung Kubang Kiat, pendapatan mereka adalah antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.

Pada peringkat awal mereka bertiga mencari benih kelulut liar di hutan dan masukkan ke dalam batang kayu yang dijadikan ‘rumah’ atau koloni kelulut. Tetapi sejak dua tahun lalu, mereka memindahkan kelulut ke dalam ‘haive mustafa’ iaitu kotak yang diperbuat daripada kayu meranti.

Koloni kelulut semakin bertambah dan setelah empat tahun mereka kini memiliki kira-kira 400 koloni kelulut dengan hasil tuaian lebih 200 kilogram madu sebulan. Mereka menternak kelulut dari jenis Thormate, Itama dan Thorasika yang banyak terdapat di kawasan kampung.

Menyedut madu hasil ternakan sendiri

Ibrahim Mustapha, 46 tahun, dari Kampung Banggol Nyior, yang kini mula beralih arah daripada hanya menjadi penoreh getah kepada menjadi pengusaha ternakan madu kelulut. Beliau dan rakannya Misbah Imran Mohamad, 40 tahun, yang juga pemilik kebun di tapak peliharaan kelulutnya, telah memulakan usaha itu sejak 2012 lagi.

Hanya bermula dengan satu sarang, kini mereka boleh berbangga apabila memiliki lebih 30 sarang kelulut yang saban hari mengeluarkan hasil untuk dijual.

Jika sebelum ini pendapatannya hanya sekitar RM500 sebulan hasil upah menoreh getah, kini ia mencecah hampir RM2,000 hasil penjualan madu kelulut. Ia ditambah dengan permintaan di pasaran yang tinggi serta harga jualan yang mencecah RM200 sekilogram.

Kepada kalian yang berminat nak belajar ilmu kelulut boleh follow FB pakar kelulut antaranya Prof Madya Dr Shamsul (UMT), Ustaz Dauz Hafiz dan Kelulut Malaysia.


Spread the love

3 Comments

  1. madu kelulut adalah madu yg banyak memberi khasiat kepada tubuh badan manusia .

    Ia mampu menyembuhkan luka , baik untuk kencing manis , merawat sakit mata dan sebagainya .

    Rugi orang yang tak penah makan madu kelulut ni. Sedap pon sedap, berkhasiat pulak tu .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!