Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Buat Kawalan Kendiri

Spread the love

Kerajaan bersedia dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 dan mempunyai rancangan mengenainya.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ada dibincangkan dan jika tercetus kembali kes positif yang naik mendadak kerajaan akan buat keputusan waktu itu.

Kita akan putuskan apa yang patut kita lakukan. Langkah yang diambil kerajaan adalah terancang dan semua dilaksanakan dalam keadaan bersedia.

Kita juga membuat pemantauan bagi kita melihat sebarang kemungkinan,”

Sementara itu, mengulas pelaksanaan PKPB, katanya keseluruhannya kerajaan berpuas hati.

Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat kerana buat kawalan kendiri.

Polis melaporkan banyak kereta yang keluar, lebih banyak berbanding hari sebelumnya, tetapi keadaan terkawal, malah di luar jangkaan.

Saya jangkakan untuk hari pertama, orang akan keluar beramai-ramai macam hari raya, ‘yahoo’ kerana sudah lama tidak keluar, tetapi itu tidak berlaku,”

Beliau berkata, rakyat kita sudah faham dengan mendisiplinkan diri dan kawalan kendiri.

Saya juga lihat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial sehingga sanggup beratur panjang untuk masuk ke pasar raya. Rakyat patuh.

Ramai yang mengkritik PKPB dengan alasan bimbang rakyat tidak patuh sehingga berlaku keadaan tidak terkawal. Namun tidak berlaku seperti itu, walaupun mungkin ada kes tertentu yang tidak patuh,” katanya.

Teruskan menjaga kesihatan kalian. Kerana virus yang kecil ini masih aktif di negara kita. #kitajagakita

sumber : berita harian


Spread the love

3 Comments

  1. Kalau bukan diri sendiri yang kawal, tak mungkin kawalan kendiri ni akan berjaya, nak harapkan kerajaan buat semua perkara memang tak boleh la.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!