Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kedua untuk aku hidup

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips menambah ramai follower Facebook”. Kali ini Abang nak berkongi kisah kehidupan yang berlaku pada insan terpilih iaitu peluang hidup kali kedua.

Setiap insan ada kisah dan perjalanan hidup yang berbeza samada suka atau duka. Teringat kisah anak saudara koma akibat kemalangan motor sendirian kerana terlanggar lubang ketika pulang dari kerja. Doktor pakar telah sahkan yang beliau akan koma lama berdasarkan pengalaman mengurus pesakit-pesakit yang sama sebelum ini. Dengan izin ALLAH, anak saudara sedar dari koma dan boleh berjalan seperti biasa selepas dua bulan dirawat.

Inspirasi daripada kisah tersebut maka Abang tanya pada sahabat-sahabat Facebook untuk kongsikan kisah pengalaman diberi peluang kedua untuk hidup oleh ALLAH. Alhamdulillah ramai yabg berkongsi kisah untuk kita jadikan pengajaran.

Antara kisah peluang kedua yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat FB :

Lisa Nurulain : pernah time accident ingatkan dah nak meninggal time tu.

Che Sue Izzeyda : Pernah di penghujung tahun 2003, kereta nyaris dilanggar oleh lori yang laju menuju ke arah kereta kami yang rosak dalam keadaan melintang jalan kerana enjin kereta tidak dapat dihidupkan di tengah jalan. Alhamdulillah, nasib baik lori yang sedang menuruni bukit tu sempat elak kereta kami dan kereta bapa saudara yang berhenti di tepi jalan.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Munauwaratul Lailinnur : Pernah waktu kemalangan motor kepala hampir kena divider besi tu. Member cakap ingatkan kepala terkena risau putus kepala.

Azura Baharudin : Pernah tuan. Tapi bukan sebab kemalangan. Sebab pinjam along 40k. 10 hari sekali kene bayar interest 4k tak termasuk hutang 40k tu. Rasa nak mati tuan. Bila phone bunyi je menggigil. Tapi Alhamdulillah Allah bantu bagi peluang saya selesai kan masalah tu. Ibarat saya dapat nyawa balik tuan lepas tu. Lega.

Azizah Ahmad : Pernah waktu melahirkan arwah anak bongsu, tumpah darah sehingga masuk icu.

Arlina Anang : Pernah tib-tiba di diagnos paru-paru berair, warded mengejut dah siap operate dan rasa tak mungkin dapat balik rumah tapi alhamdulillah masih bernafas.

Sis Lin : Pernah Tuan Haji Amir Hassan. Waktu saya di uji sakit tahun lepas hingga badan tak boleh bergerak dan admit hospital hingga 8 jam hypertension. Masa tu saya ingat nyawa saya dah hampir hujung dan mungkin saya stroke atau angin amar. Syukur Allah uji saya dengan sakit dan masih bagi peluang untuk hidup dan sihat. Hargailah sihat sebelum datagnya sakit.

Nurdiana Mohamad : pernah dua kali yang betul-betul besar terjadi dalam hidup. Pertama masa sedar dari koma tahun 2013 sebab penyakit TTP (Thrombotic thrombocytopenic purpura) dan kali kedua awal taun 2018, dapat tau ada sakit SLE. Banyak ujian Allah bagi masa dapat tahu pnyakit baru ni. insyaAllah ada hikmahnya.

Ismail Kelana : Pergaduhan gangster di Bali, 40 orang lebih datang. Kawan saya meninggal dan Allah selamatkan saya terpukul terlempar jauh.

Hairiyazid Jailani : Kena septic shock (jangkitan kuman). Hari pertama kena pun dah teruk. Suhu badan tinggi dan tekanan darah pun jadi very low yang boleh menyebabkan jantung berhenti dan mati. Masuk wad hospital Jengka 3 hari, then boleh discharge. Tapi hari ke 4 pergi klinik sebab tak tahan sangat. Semasa kat klinik, doktor cakap kalau kena serangan septic shock ni, selangkah kaki dah ke kubur. Tak ada jaminan hidup (50-50). Doktor pun pelik mcm mana saya boleh dibenarkan keluara dari wad sedangkan bagi kes tu perlukan at least seminggu untuk reda. Dan kes begitu biasanya di bawah kendalian hospital Temerloh. Then doktor suruh admit wad semula. Cukup 7 hari, dan stabil, saya dibenarkan keluar. Biasa sangat dengar kes septic shock membawa maut. Ramai kenalan saya yang pernah kena dan meninggal dunia. Hanya beberapa hari sebelum saya kena tu pun, saya ziarah seorang kenalan yang juga meninggal sebab kes jangkitan kuman. Rasa bersyukur sebab saya antara yang survive.

Mohd Azmil : Masa kecil pernah mandi kolam terjatuh tempat dalam, duk gapai dalam lemas terpegang tali, alhamdulillah selamat.

Begitulah sebahagian daripada kisah dan ujian yang ALLAH beri kepada insan-insan terpilih untuk diberi peluang yang kedua.  Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas, setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat ALLAH serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Pasti ada pengajaran daripada kisah sahabat-sahabat kita di atas. Bersyukurlah dengan peluang pertama apatah lagi peluang kedua yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangi diri kita dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Gunakan usia, tenaga, kesihatan dan rezeki yg diberi ALLAH untuk perkara-perkara yang memberi manafaat kepada dunia. Jangan bermalas-malas dan berusaha sehabis baik untuk segalanya.

Pasti sahabat-sahabat yang membaca coretan ini juga mempunyai pengalaman tersendiri, kalau sudi kongsikan di ruangan komen. Jangan lupa kongsikan kisah ini kepada sahabat-sahabat sosial median diluar sana.

Sekian terima kasih.


Spread the love

72 Comments

  1. Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan

  2. Pasti ada pengajaran daripada kisah sahabat-sahabat kita di atas. Bersyukurlah dengan peluang pertama apatah lagi peluang kedua yang ALLAH berikan kepada kita.

  3. Sebagai penguat semangat, ingatlah – semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

  4. Ujian Allah selalu ditukar dengan sesuai kemampuan hambanya. Allah punya tujuan dengan ujian tersebut supaya hambanya lebih kuat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!