Terapi.my – menyediakan perkhidmatan untuk meningkatkan produktiviti pekerja anda

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

kebelakangan ini seringkali kita melihat dalam berita dan media sosial mengenai individu yang mengambil tindakan tidak masuk akal kerana terlalu tertekan dengan kehidupan. Ini disebabkan banyak faktor sebenarnya, antaranya adalah disebabkan tekanan di tempat kerja yang hebat.

Memang kita sedia maklum bahawa dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, kita perlu lebih kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan. Namun sebagai manusia biasa, memang tidak mustahil untuk tekanan itu menyebabkan kita hilang pedoman.

Andai anda mempunyai suasana tempat kerja yang sibuk dengan hiruk pikuk pelbagai urusan, perkhidmatan terapi.my mungkin penyelesaian yang anda perlukan.

perkhidmatan urutan korporat terapi.my

Apakah itu terapi.my?

Terapi.my merupakan syarikat baru yang menyediakan perkhidmatan urutan korporat kepada mana-mana syarikat yang memerlukan. Mereka mempunyai tukang urut atau therapist profesional yang mempunyai sijil kelayakan dan telah melalui proses latihan intensif.

Therapist ini akan datang ke pejabat kita untuk memberikan perkhidmatan, peralatan seperti kerusi urut dan sebagainya akan disediakan untuk anda tanpa perlu meninggalkan premis atau pejabat anda. Ini adalah satu perkhidmatan yang sangat baik kerana pekerja atau staff anda tak perlu keluar atau mengambil waktu kerja yang lama.

sesi juru urut terapi.my

Produktiviti meningkat apabila pekerja seronok

Setakat ni, antara impak yang dapat dilihat, apabila syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan terapi.my ini adalah, pekerja merasa lebih dihargai. Selain itu, mereka akan dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja selepas melalui hari-hari yang penuh cabaran.

Urutan yang dilakukan oleh tukang urut yang hadir dalam setiap sesi ini menyebabkan para pekerja merasa lebih tenang, badan mereka yang mungkin selama ini mempunyai sengal di sana sini juga dapat diredakan dan akhirnya, mereka dapat melakukan setiap tugasan dengan lebih baik.

pencapaian terapi.my setakat 2018

Terapi.my antara syarikat baru yang berdaya maju

Terapi.my ini juga mengamalkan aktiviti yang menepati kehendak syariah. Therapist yang datang melibatkan lelaki dan perempuan. Proses untuk mendapatkan terapi akan diasingkan mengikut jantina, ini adalah perkara yang sangat berguna untuk memberikan keselesaan kepada para pekerja.

Selain itu, anda juga akan dapat pengecualian cukai apabila mendapatkan perkhidmatan Terapi.my. Selain produktiviti syarikat bertambah, dalam masa yang sama, anda dapat mengurangkan cukai dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Mereka juga telah memenangi banyak anugerah dan tersenarai sebagai startup baru yang berpotensi tinggi untuk berkembang dengan perkhidmatan yang disediakan.

Jika anda ingin memberikan faedah tambahan kepada staff ataupun team anda, ini adalah antara perkara yang anda harus pilih.

pakej urutan korporat terapi.my

Antara sesi terapi yang telah dijalankan

Berikut adalah beberapa sesi yang telah dijalankan oleh Terapi.my di beberapa syarikat dan jenama di sekitar lembah klang. Ada beberapa lagi sesi yang telah ditempah oleh jenama-jenama besar namun sesinya belum dilaksanakan lagi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan terapi.my boleh hubungi wakil Denaihati Network dengan menggunakan halaman hubungi kami. Pihak Denaihati Network akan membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak Terapi.my

Ini peluang untuk anda memberikan sesuatu yang bermakna kepada staff, team, atau wakil jualan anda. Setiap sesi terapi yang mereka lalui akan memberikan impak positif untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.


Spread the love

28 Comments

    1. Betul tu. Bos bos kena guna servis ni utk keselesan dan energi staf. Kat UK ada yang guna servis urut dr satu workstation ke workstation lain

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!