Teknologi ‘Cashless Payment’ sedang mendominasi Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Suatu ketika dahulu, ramai yang pernah berfikir bahawa hidup tanpa wang fizikal adalah agak sukar. Ada pendapat mungkin silap dan mustahil. Apa yang anda perlukan hanya telefon bimbit dengan aplikasi ‘Cashless Payment’ seperti Wechat dan Alipay yang amat digunakan berleluasa di China. Seperti contoh, WeChat Pay daripada Tencent dan Alipay daripada Alibaba membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank di China dan telefon pintar untuk membuat bayaran elektronik. Ia telah membuktikan bahawa masa depan China adalah tanpa tunai.

Membeli kuih dan minuman dari gerai di tepi jalan dengan hanya menggunakan aplikasi telefon bimbit?

Dari pasar raya, perkongsian basikal, teksi, penjual jalanan, anda boleh membayar apa sahaja dengan telefon bimbit. Boleh dikatakan masa depan tanpa tunai bukan tanpa kelemahannya tetapi urusniaga digital paling mudah untuk dijejaki daripada pembayaran tunai.

WeChat Pay antara yang popular untuk transaksi tanpa tunai di China

‘Kad plastik’ untuk jual beli

Kad kredit dan kad debit merupakan salah satu daripada transaksi tanpa tunai yang telah digunakan sekian lama. Pelbagai jenis kad kredit dan debit boleh menjadi kegunaan pembeli yang kini digunakan secara berleluasa di Malaysia.

Kad kredit merupakan perkhidmatan dari institut kewangan yang memudahkan pengguna meminjam wang. Tetapi, wang yang dipinjam itu perlu dibayar dalam tempoh tertentu yang telah dipersetujui. Jika tidak, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Di Malaysia, tempoh bayaran balik tersebut ialah 20 hari, dan ini merupakan konsep yang masih tidak difahami ramai.

Bayaran dengan kad kredit bermakna anda tidak perlu membawa wang yang banyak, terutamanya ketika hendak membuat pembayaran dengan jumlah yang besar. Bukan itu sahaja, jika anda menggunakan kad kredit, bayaran yang tinggi boleh dibayar dengan pelan pembayaran ansuran. Namun penggunaan kad kredit seharusnya dikawal agar tidak berlaku sebarang kesulitan pada hari mendatang.

Transaksi guna aplikasi telefon bimbit di Malaysia

Sebagaimana yang kita ketahui, ramai peniaga dan pembeli membuat urusniaga jual beli sama ada atas talian atau di premis perniagaan. Konsepnya adalah pembeli membayar, penjual menerima bayaran dan pembeli menerima barangan daripada penjual.

Bayangkan semua itu berlaku tanpa tunai atau wang fizikal.

Jika sekarang pemindahan wang secara perbankan internet adalah biasa, maka pada masa akan datang ia akan berlaku dengan aplikasi telefon pintar. Semuanya membayar dengan menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh, Maybank QRPay (QRPay) adalah salah satu pembayaran tanpa tunai yang membolehkan individu pembeli membuat pembayaran kepada penjual dengan menggunakan kod ‘Quick Response” (QR).

Perkhidmatan yang tersedia di aplikasi Maybank pada akhir tahun 2017 memberikan satu alternatif bagi mereka yang ingin membuat transaksi tanpa tunai.

Maybank QR Pay telah diperkenalkan di aplikasi telefon pintar

Transaksi dapat dipantau

Dengan adanya aplikasi seperti ini, peniaga dapat memantau transaksi urusniaga yang berlaku dengan lebih mudah di telefon pintar. Pembeli juga tidak perlu lagi membawa wang fizikal yang banyak ketika keluar berbelanja. Dan sudah tentu dengan aplikasi tersebut, pembayaran akan ditolak terus dari akaun bank anda.

Ada beberapa lagi aplikasi tanpa tunai yang ada di Malaysia seperti MPay dan juga NGO Negaraku yang memberikan kelebihan kepada Ahli-ahli Badan Bukan Berkanun (NGO). Aplikasi telefon bimbit NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.

Selain daripada penyebaran maklumat, ia juga dapat membuat transaksi tanpa tunai dengan beberapa kemudahan seperti pembayaran bil, tambah nilai kredit telefon dan lain-lain lagi.

Bitcoin sudah mendapat perhatian di Malaysia

Berbanding pada zaman dahulu yang menggunakan sistem barter, kemudian wang komoditi, wang syiling, wang fiat dan kini telah mendapat perhatian untuk sistem cryptocurrency. Budaya baru ini bukan sekadar mengubah sistem malahan budaya kewangan dunia. Masih belum terlambat untuk mempelajari tentang matawang digital yang menjadi tajuk perbualan dunia setiap hari ini.

Walau apapun terjadi, usah lupa tingkatkan pendapatan anda sebaiknya dan gunakan teknologi yang ada untuk tambah nilai sistem kewangan yang anda miliki.

Dunia tanpa sempadan di hujung jari anda.


Spread the love

81 Comments

  1. Jika sekarang pemindahan wang secara perbankan internet adalah biasa, maka pada masa akan datang ia akan berlaku dengan aplikasi telefon pintar. Semuanya membayar dengan menggunakan telefon pintar

  2. Dengan adanya aplikasi seperti ini, peniaga dapat memantau transaksi urusniaga yang berlaku dengan lebih mudah di telefon pintar.

  3. Ada beberapa lagi aplikasi tanpa tunai yang ada di Malaysia seperti MPay dan juga NGO Negaraku yang memberikan kkelebihan kepada Ahli-ahli Badan Bukan Berkanun

  4. Budaya baru ini bukan sekadar mengubah sistem malahan budaya kewangan dunia. Masih belum terlambat untuk mempelajari tentang matawang digital yang menjadi tajuk perbualan dunia setiap hari ini.

  5. Cukup dengan ada handphone sahaja, scan QR code & urusniaga selesai. Harap dengan teknologi yang semakin canggih ni akan dapat memberikan manfaat kepada semua orang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!