Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Syawal bulan meraikan kejayaan setelah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Nikmat merayakan Aidilfitri akan lebih dirasai apabila kita bersungguh-sungguh melaksanakan berbagai amalan di bulan Ramadhan. Syawal juga bulan ibadah tetapi malangnya selalu diraikan dengan hiburan yang tiada batasnya samada di TV, Radio, Pawagan dan Pasaraya seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. Kita juga akan berusaha untuk kongsikan pengumuman di FB page Denaihati Network.
Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.
Tempat lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.
Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap Kusza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.
Untuk mengetahui sejarah menetapan melihat anak bulan di Malaysia sila baca entri “Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa, Syawal dan Sejarahnya“.
Alhamdulillah Ramadhan tahun ini memang ada banyak bezanya dengan Ramadan yang lepas-lepas dan semuga apa juga amalan biar sekecil mana sekali pun mendapat redha Allah swt. Mendengar bacaan doa qunut Witir Ramadan terakhir terasa sayu dan sebak di hati mungkinkah lagi bersua Ramadhan akan datang atau ini adalah witir Ramadan terakhir dibaca.
Ramai Rakan yang akan pulang ke kampung menziarahi ayah dan ibu. Seandainya ada anak-anak yang tidak mahu pulang ke kampung kerana merajuk kepada orang tua ingatlah ayah dan ibu adalah jambatan ke Syurga seandainya kita meneruskan rajuk kita maka pasti Neraka lah tempat kita.
Kepada yang nak pulang ke kampung mesti baca entri “Tips Mengelakkan Kemalangan Jalanraya“, usaha mesti ada selebihnya tawakal. Jangan jadikan kita dan keluarga mangsa pusara di lebuhraya. Mungkin entri “Info Trafik Terkini” boleh dijadikan panduan sebelum atau ketika pulang ke kampung. Rancanglah perjalan pasti kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang boleh mengubah emosi hati dan menghancurkan amalan sepanjang Ramadhan. Akibat nila setitik rosak pahala sebulan.
Pengumuman pengisytiharan Aidilfitri 1439H
13 Comments
Syawal 2018 dah lama meninggal kan kita. Harap boleh jumpa lagi pada tahun hadapan
Seumur hidup mmg saya tak pernah ke balai cerap tu. Teringin nak tgk bulan dari teleskop
Time tgk anak bulan mmg di nanti nantikan. Setahun sekali lau kata kan.. haha
malam tengok anak bulan la malam paling meriah kot. Tak sabar nak dgr pengumuman rayaa
Tak lama lagi aidiladha akan menjelma, sebelum balik kampung periksa dulu kereta seawal yang boleh.
Pemeriksaan kereta seeloknya buatlah secar berkala. Last minit check pun tak berapa kena gak kan
Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada team denai hati
Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.
Ramadhan dah habis pun, Semoga ada rezeki jumpa lagi ramadhan tahun depan.
Curahan rasa mama hakim @ ..8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.
Selamat hari raya aidil fitri, semoga Kita bisa menjadi manusia yang lebih baik lagi.
insyaAllah ,lepas lepas ray pun kita terus berusah menjadi manusia yang lebih baik drp hari semalm.
selamat hari raya aidil fitri semua sesama blogger indonesia maupun malaysia , semoga aidil fitri kali ini membawa ketakwaan dan rasa damai di dada
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Minuman Cantik Jus Jungle
Selamat hari raya Aidilfitri semua.
Semoga Allah terima amalan kita semua sepanjang Ramadan
Harap dapat bertemu ramadan lagi tahun hadapan
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Bergembira di Aidilfitri Sambil Mengumpul Pahala
selmat hari raya team DH dan blogger dalam komuniti ini. semoga kita semua dpat menyambut hari raya bersama keluarga tahun ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3
Alhamdulillah, tarikh sambutan hari raya aidilfitri dah ditetapkan, boleh siap siaga untuk balik kampung.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB
Comments are closed.