Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Nisfu Syaaban adalah antara tarkh yang penting untuk umat Islam walaupun tiada cuti khas untuk mana-mana negeri di Malaysia tidak seperti Israk Mikraj yang cuti untuk negeri Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Nisfu Syaaban jatuh pada 15 Syaaban sememangnya ditunggu oleh Umat Islam. Masih ingat ketika di sekolah asrama dulu setiap lepas maghrib malam Nisfu Syaaban kami akan membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali. Bukan mudah nak mengabiskan Surah Yassin sebanyak tiga kali ada yang terlena, ada yang tertinggal dan ada yang baca terlalu sehingga akhirnya jadi tidak seragam itu belum cerita tajwid yang lintang pukang.
Jika 15 Rejab ada hari yang penting untuk umat Islam di mana pada tarikh tersebut diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah mengembara Israk dari Masjidil Haram ke Baitulmuqaddis dan mikraj naik ke Sidratul-Muntaha bertemu ALLAH SWT. Manakala Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban di mana umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Untuk tahun Malam NIsfu Syaaban 2014, 15 Syaaban jatuh selepas maghrib pada 12 Jun 2014.
Ada pendapat yang menyatakan Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kedua termulia selepas Malam Lailatul Qadar, dimana ALLAH mengampunkan dosa-dosa hambanya yang memohon keampunan melainkan dua golongan manusia iaitu golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan). Jadi jangan lepaskan peluang yang kebetulan tahun ini pada malam 15 Syaaban juga adalam Malam Jumaat, kita azam untuk lebihkan amalam di malam Nisfu Syaaban dengan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat malam dan berdoa memohon keampunan untuk semua umat manusia. Janga doa untuk diri dendiri je tapi doalah untuk umah. Semuga ada doa di kalangan kita yang ALLAH terima maka terampunlah dosa kita semua. Selain membaca doa Nisfu Syaaban kita boleh juga berdoa mengikut keperluan diri kita sendiri.
Bulan Rejab dan bulan Syaaban adalah dua bulan yang mulia yang boleh dijadikan sebagai persediaan menjelang Ramadhan dengan mengulangkaji ilmu dan mengamalkan sebagai latihan untuk mendapat Ramadhan yang terbaik. Tetapi berhati-hati kerana banyak juga hadith palsu yang berkaitan dengan amalan bulan Syaaban jadi yang terbaik adalah merujuk kepada Alim Ulama yang lebih arif supaya kita tidak terkeliru.
59 Comments
tarikh2 penting dlm islam memang banyak. tapi nak buat tu susah sedangkan banyak pahala
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
perkongsian yang bagus kadang-kadang ada yang tak tau kelebihan nisfu syaaban ni. Malam Nisfu Syaaban kita harus lakukan amal kebaikan jengan sampai terlepas peluang kerana masa itulah di mana Allah ampunkan dosa hambanya
Maaf tuan denaihati… Setelah mengikuti banyak artikel tuan, saya dapati seringkali berlaku kesilapan dalam ejaan. (hampir setiap entri ada) Walaupun ianya perkara kecil dan remeh tetapi ianya mengganggu tumpuan. Semoga tuan lebih berhati2 semasa menaip ye… Maaf, jika saya tidak layak untuk menegur… (dalam komen saya pun ada byk kesilapan juga)
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
Setiap kali tiba bulan syaaban, memang nenek ajak wawa puasa sunat bersama dan apabila tiba malam nisfu syaaban, masing-masing akan pergi ke masjid, bawak juadah kuih untuk menjamu selepas solat. Banyak pahala yang kita dapat.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
nisfu syaaban sememangnya ditunggu utk melipat gandakan pahala. buatlah sebaik mungkin kerana belum pasti jika kita dapat bertemu lagi tahun depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Amal ibadat tanpa ilmu akan menjadikannya cacat dan kurang sempurna
Marilah kita banyakkan membaca dan cari ilmu dengan berguru
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 2
Alhamdulillah.. perkongsian yg sangat bermanfaat.. harap kite semua tidak melepaskn tarikh nifsu syaaban yg seterusnya..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Saya ada baca tentang tukar buku amalan baru tu sebenarnya tidak betul. Saya kurang arif pasal ni. Ada niat nak bertanya pada ustaz-ustaz tapi tak tahu bagaimana.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Memberi manfaat pencerahan dan pengetahuan yang banyak buat saya. Mungkin banyak juga pembaca lain yang memberi komentar bagus untuk website ini, semoga menjadi pemicu semangat untuk lebih maju lagi.
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Ulama menyediakan pelbagai cara untuk memberi peringatan kepada kita umat Islam
Curahan rasa faizal @ ..Kelebihan Penyusuan Susu Sejak Awal
Nisfu Syaaban sememangnya antara tarikh yang amat penting dalam Islam. Amat besar ganjaran pahala serta rahmat bagi umat Islam yang mengambil peluang meningkatkan ibadah terutamanya seperti berpuasa sunat dan bangun bertahajud di sepertiga malam.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Hilang Loya dan Angin Dalam Badan Dengan Peppermint-Ginger Plus
Bila baca artikel ni, rasa jauh jer saya..patut lah jiwa rasa kosong aje…emmm..terima kasih kongsikan..
Curahan rasa Hafizul @ ..Rindu Dengan Komisen Jobdirumah
Alhamdulillah ,Bermanfaat ♥terima kasih denaihati:)
Alhamdulillah,perkongsian yang menarik tentang nisfu syaaban
Curahan rasa wazy @ ..Review Filem Abang Long Fadil
Masih ada beberapa hari lagi puasa yang belum diganti.. Kena struggle lebih sikit..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Bahaya Detox Semasa Mengandung Dan Menyusukan
Comments are closed.