Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
menggunakan media sosial bukanlah perkara yang asing pada zaman sekarang. Setiap hari, sesiapa yang menggunakan telefon pintar, biasanya akan terlibat dengan aktiviti di media sosial. Bezanya platform yang digunakan sahaja. Ini adalah perkara yang perlu kita uruskan dengan baik.
Menggunakan media sosial, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjadi netizen yang bertika dan tidak sekadar gemar menyebarkan berita-berita yang belum tentu kesahihannya dan seumpamanya. Jika sebelum ini, kita telah berbincang bagaimana penulisan boleh menjadi saham akhirat dalam artikel Bagaimana blog boleh menjadi saham akhirat, kali ini ingin membawa perbincang dalam skop yang lebih meluas.
Sosial media sebahagian daripada kehidupan
Mahu atau tidak, media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, saban hari apabila kita memulakan aktiviti, perkhidmatan perhubungan seperti WhatsApp akan digunakan. Semua perkhidmatan ini boleh digunakan untuk menyampaikan kebaikan atau sebaliknya.
Apabila kita sebagai pengguna menjadi medium utama platform ini berkembang, adalah penting untuk kita tidak terjebak dalam aktiviti seperti penyebaran fitnah dan seumpamanya. Fitnah atau berita palsu sangat mudah tersebar dengan wujudnya fungsi seperti share, like dan komen.
Ini semua adalah perkara yang akan menjadi saham kita di akhirat. Hanya dengan alasan, “saya pun tak pasti, share sebab nak dapatkan kepastian” tidak menyebabkan kita terlepas daripada tanggungjawab menyebarkan berita tersebut. Alangkah lebih baik, jika kita menyebarkan berita kebaikan, pesanan yang baik dan nasihat yang berguna serta ilmu yang bermanfaat.
Social media sebagai platform serampang banyak mata
Kita biasa dengar pepatah Inggeris “bunuh dua ekor burung dengan satu biji batu”. Bermaksud, kita boleh melakukan sesuatu perkara dan mendapat hasil yang lebih daripada satu. Begitu juga dalam skop pengurusan aktiviti di media sosial, melakukan sesuatu perkara, kita akan dapat kesan atau hasil lebih daripada satu.
Contoh apabila kita menulis status di mana-mana platform, kita akan dapat membina perhubungan, meningkatkan kredibiliti, membuat jualan dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
Begitu juga dalam skop yang negatif, menulis perkara keburukan akan menyebabkan kita turut menerima banyak hasil, akan terbina perhubungan yang terasing, kredibiliti tercalar, orang akan mula mengasingkan diri daripada kita, dan akan wujud tanggapan yang tidak bagus.
Begitu hebat penangan platform media sosial sekarang ini. Jualan boleh laris disebabkan media sosial dan dalam masa yang sama, perniagaan boleh tutup disebabkan perkara yang sama.
Tanggungjawab sebagai insan yang baik
Oleh yang demikian, adalah sangat-sangat penting untuk kita menguruskan aktiviti di media sosial ini dengan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin, tanggungjawab sebagai seorang umat manusia, tanggungjawab sebagai jiran, dan tanggungjawab sebagai seorang netizen yang cakna keperluan untuk menguruskan setiap info dengan baik.
Pernah dengar iklan dengan slogan “Tidak pasti, jangan kongsi”.
Ianya sangat penting untuk kita hayati, bukan sekadar sebarkan kerana ingin tingkatkan engagement di media sosial. Usahlah kita menjadikan nombor atau statistik sebagai kayu ukur semata-mata. Pegangan agama perlu turut diterapkan agar kita mendapat keberkatan dalam aktiviti seharian.
Tanggungjawab kepada agama, sila pastikan kita tidak menjadi insan yang masih sibuk dengan aktiviti media sosial, sedangkan kita dalam proses untuk menghadap Tuhan pada ketika itu. Banyak sangat contoh tidak sihat yang boleh kita tampilkan, tapi cukuplah kita amati dalam kehidupan seharian.
64 Comments
Serius kata, sapa yang baca ni, uruskanlah aktiviti di media sosial ini dengan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin. hidup Malysia Baharu abam Kiddo!
Besar tanggungjawab sebagai pemain aktif di media sosial. Kena pastikan kita sebar bukan sesuatu yang buruk.
Begitu hebat penangan platform media sosial sekarang ini. Jualan boleh laris disebabkan media sosial dan dalam masa yang sama, perniagaan boleh tutup disebabkan perkara yang sama.
dah terbiasa tekan butang share tanpa periksa kesahihan la tu.. tak sedar diri dah terbuat fitnah
adalah sangat-sangat penting untuk kita menguruskan aktiviti di media sosial ini dengan penuh tanggungjawab
Usahlah kita menjadikan nombor atau statistik sebagai kayu ukur semata-mata. Pegangan agama perlu turut diterapkan agar kita mendapat keberkatan dalam aktiviti seharian.
Menulis perkara keburukan akan menyebabkan kita turut menerima banyak hasil, akan terbina perhubungan yang terasing, kredibiliti tercalar, orang akan mula mengasingkan diri daripada kita, dan akan wujud tanggapan yang tidak bagus.
apa yg kita share tu mmberi impak kpd pengikut kita.. so share la benda yg bermanfaat
soc med ni jadi teruk sbb kita serng slah guna.. fb dulu dulu best sangat sekarang bnyak fitnah
Kami berpegang kukuh dengan term, “Tak pasti jangan kongsi..’ diharap, tahun 2019, netizen di Malaysia mula berubah..
setuju.. saya tak pernah share apa apa pun di fb.. tu.. sebab berita belum sahih
oleh itu kita kenalah share info yang bermanfaat di media sosial dan bukannya cerita masalah rumah tangga dan berita palsu
HAHA cerita dalam selimut rumahtangga tu memang menjadi perkongsian yang tengah trend in skang kan. tak faham apa motif
Setiap kita akan di pertanggung jawabkan di akhirat kelak.
Bukankah ada pesanan bijaksana berbunyi begini
Cukuplah kita bergelar penipu dengan hanya menyampaikan berita yang di dengar.
Sama macam dalam ayat 6 surah al hujjurat
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..6 Skincare terbaik buatan sendiri di rumah! Jimat & Selamat digunakan
apa yang kita share tu sebenarnya mempengaruhi pemikiran orang. kalau tak konfirm, jgn share
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Betul tu NK. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan seterusnya drp orang lain. Jangan kita jadi punca menyebarkan benda salah
apa saja yang kita sebar, kalau salah , meang kena tanggung di alm sana nati. Tak nak lah saya macam tu
jauhkanlah, Cukuplah kita bergelar penipu dengan hanya menyampaikan berita yang di dengar.
Teknologi memang ada baik & buruknya.
Jika kita bijak, mesti kita akan gunakan setiap nikmat ni ke arah kebaikkan. Gunakan ke arah keburukan, maka buruklah yang kita dapat. Terbaik artikel tn 🙂
Alangkah baiknya teknologi digunakan secara max untuk kebaikan. Ramai orang yang akan dapat manfaat, termasuklah mereka yang tak tahu guna teknologi
Jika kita bijak, mesti kita akan gunakan setiap nikmat ni ke arah kebaikkan. Gunakan ke arah keburukan, maka buruklah yang kita dapat.
betul tu. Gunalah nikmat dan kelebihan yang ada ke arah kebaikan ni kan. Baru la best
Betul tu, bila kita menulis status di mana-mana platform, kita akan dapat membina perhubungan, meningkatkan kredibiliti, membuat jualan dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
setuju sgt tu. gunakanlah ke arah kebnayak. banyak manfaat yg kita akn dapat nnt
Tidak pasti, Jangan kongsi.
Itulah juga yang diajar oleh Islam, jika kita sebar benda yang tak pasti atau tak betul, kita juga menipu walaupun kita tidak tahu.
Dalam Malaysia, orang marah bila JPJ saman tuan kereta/motor sekali sebab sepatutnya hanya yang guna saja. Tapi itulah hakikatnya, tuan tersebut bertanggungjawab atas kesalahan. Jika tuan tidak bagi kebenaran, tiada saman untuk pesalah. Tiada saman untuk pesalah, tiada saman untuk tuan kereta/motor.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hari
Dunia akhir zaman, fitnah secara sebaran berita plasu dah menjadi amalan netizen. Minta dijauhi semua ini
best analoginya. 2,3 kali juga say baca untuk fahm antara JPN, sama, kereta & pemilik kereta yang memandu..hehe
Sedap perumpamaan yang tuan kiaskan di sini .. si tuan juga harus menanggung apa jua risko
Comments are closed.