Assalammualaikum dan salam sejahtera
Tanda-tanda kiamat merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Kita dapati bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Antara tanda kiamat kecil :
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik RA, katanya, “Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
“Ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita”
– Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
” Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Baca : Apakah tanda besar kiamat yang pertama?
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Baca : “Tidak bahagia bila bertudung?”, Antara hipokrit dan melawan hawa nafsu
Maka kita sebagai manusia yang berakal dan beriman, sudah pastinya kita bersiap dan memperbaiki segala amal ibadah.
Wallahu’alam, hanya ALLAH yang mengetahuinya.
One Comment
Innalialhiiii… YaAllah semoga kami semua selalu dalam lindungannya. Jauhkan kami dari perbuatan-perbuatan yang dapat menyesatkan kami.. Semoga pembaca setia disini selalu diberikan kesehatan dan kekuatan untuk menjalani hari-hari yang sangat genting ini, aamiin
Comments are closed.