Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ini aku dan beberapa teman investor melawat projek ternakan ikan Arowana yang kami usahakan di Hulu Langat. Setelah selesai makan tengahari kami pulang melalui jalan batu 14, Hulu Langat. Jalan agak sesak dan tiba-tiba beberapa ambulance bergegas pantas menuju jalan yang bertentangan. Terdetik dihati apakah yang telah berlaku, mungkin kemalangan jalanraya.

Segalanya terjawab apabila terbaca Breaking News, kisah sedih tragedi Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

 

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian – Bharian.com.my

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. “Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya – Bharian.com.my

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan – Mstar.com.my

5. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini – Bharian.com.my

6. Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus – Bharian.com.my

Klik @ Berita Terkini Tragedi Tanah Runtuh

 

[ad#eQurban300]


Spread the love

53 Comments

  1. doa ku, semoga Allah memberi pahala dan ganjaran yang terbesar kepada mereka yang ditimpa musibah ini.. hanya Allah Maha Mengetahui. ketahuilah, sesiapa yang bersabar, maka Syurga adalah untuknya.. ameen.
    Curahan rasa Princess @ ..Exam modeMy Profile

  2. ya allah tempatkan lah mereka di tmpat org yg beriman,bagi yg terkorban.dan semoga lebih ramai lagi dpt di selamatkan.amin

  3. Menyayat hati dan pilu dengan kejadian ini. Apakan daya, ini ketentuan dan walau perit harus diterima dan diredhai.

    Untuk kita, pasti ada iktibar dan pengajaran yang boleh diambil. Sesuatu kejadian itu pasti bersebab. Tinggal kita memikir dan mencarinya. Demi memperbaiki kehidupan.

  4. Pingback: Trajedi Tanah Runtuh; Rumah Anak-Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!