Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-8

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8 hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca: Biodata Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 10.33 pagi.

Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.

Turut menyaksikan istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri Muhyiddin iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan pagi tadi. Semoga Negar Malaysia terus aman dan maju di bawah pentadbirannya. Aminn

sumber: Awani


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!