Tak sengaja terlanggar, tindakan Doktor berbangsa India ini menyentuh hati netizen

Spread the love

Assalammulaikum dan salam Ramadan.

Bulan Ramadan ini sangat istimewa bagi kita umat Islam. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk iaitu masyarakat campuran yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, namun sifat hormat menghormati agama lain kepada umat Islam dapat dicapai dengan baik.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini yang mengalami insiden kecil, apabila kereta yang dipandunya telah terlanggar sebuah kereta lain akibat keletihan pada 1 Ramadan.

Namun tindakan pemandu tersebut yang begitu mengambil berat akan dirinya, memandangkan ketika kejadian waktu hampir tiba, telah menyentuh hati ramai.

“Takpa, yang penting awak dapat berbuka puasa…”

Menurutnya, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dr. Aniah, dia telah mengalami kemalangan kecil berdekatan persimpangan lampu isyarat berdekatan rumahnya, sehingga terlanggar kereta Dr. Loges yang bekerja di Kementerian Pelajaran.

Tak sangka, dia cepat2 suruh saya balik berbuka puasa..

Namun menurut Dr. Aniah, tindakan Dr. Loges yang memaafkan kesalahannya setelah mengakui terlelap seketika kerana keletihan, telah menyentuh hatinya.

Dia berkata bahawa dia memahami betapa keletihan yang saya rasakan memandangkan ia adalah hari pertama Ramadan.

Malah, Dr. Loges turut memintanya pulang ke rumah segera untuk berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mereka berdua ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.

Ketika Dr. Aniah menghantar WhatsApp memohon maaf terhadap kejadian yang berlaku, tindakan Dr. Loges yang mengucapkan selamat berbuka puasa, serta memahami keadaannya telah menyentuh hatinya.

Kejadian ini juga membuat saya bangga menjadi seorang rakyat Malaysia, kepelbagaian yang kita ada sebagai sebuah negara menjadikan kita menyedari budaya lain dan menghargai satu sama lain. 

Terima kasih, Dr Loges, kerana menjadi sangat empati tentang bulan puasa.

Muat naik posting ini telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai, mereka turut memuji tindakan kedua-dua individu ini dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Posting ini telah tular di laman sosial, apabila menerima 9 ribu tanda suka, dan 3 ribu perkongsian sejak dimuat naik semalam.

Seronok bila tengok masyarakat Malaysia saling hormat menghormati satu sama lain. 🙂


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!