Tabung Haji mansuhkan penggunaan buku, ini perkara yang kena ambil tahu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buku simpanan Tabung Haji, kini tidak lagi digunakan.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memudahkan pendeposit untuk melaksanakan transaksi TH dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja. Pendeposit tidak perlu risau akan penjagaan, kehilangan, kerosakan atau terlupa membawa buku akaun bagi urusan di kaunter. 

Ianya dikuatkuasakan pada 23 Jun 2019 di seluruh Malaysia.

Prosedur semasa bagi transaksi simpanan dan pengeluaran tidak perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan. Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, pendeposit hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja semasa melakukan transaksi.

Untuk akaun anak pun tiada masalah. Prosedur semasa hanya membenarkan penjaga kepada akaun TH anak untuk melaksanakan transaksi tanpa perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan.

Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, penjaga hanya perlu mengemukakan kad pengenalan penjaga sahaja semasa melaksanakan transaksi. 

Pendeposit boleh menyimpan Buku Akaun Simpanan tersebut tetapi buku berkenaan tidak perlu dibawa untuk melaksanakan sebarang transaksi.

Pendeposit boleh mengetahui baki semasa dan transaksi terdahulu di kaunter TH melalui: –

Pilihan 1: Penyata Mini yang memaparkan 5 transaksi terakhir.

Pilihan 2: Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi secara terperinci.

Bagi proses pengaktifan akaun dorman, pendeposit hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja. 

Pendeposit boleh menyemak alamat yang direkodkan dalam sistem pada Penyata Akaun. Jika ia berlainan, maka pendeposit boleh memohon untuk mengemaskini alamat di kaunter TH seperti biasa. 

Sejajar dengan pelaksanaan inisiatif ini, pendeposit tidak perlu lagi memasukkan no. siri Buku Akaun Simpanan bagi proses link kad ATM. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor akaun TH.

Pendeposit boleh membuat semakan baki akaun sekiranya pendeposit tidak mempunyai akaun bank yang mempunyai kerjasama dengan TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

i) Pendeposit boleh memohon: 

a) Penyata Mini di mana-mana cawangan TH, cawangan Bank Islam dan cawangan Bank Rakyat (pelaksanaan pada bulan Ogos 2019).

b) Penyata Akaun di mana-mana cawangan TH.

ii) Bagi pendeposit yang telah link kad ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB), baki akaun TH boleh disemak melalui: a) ATM/CDM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau CIMB. b) Perbankan Internet Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank.

Kepada yang belum kemaskini akaun tabung haji, bolehlah berbuat demikian dan link kan dengan akaun bank anda untuk lebih mudah. Selamat menabung!


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!