Syurga untuk pengunjung masjid

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masjid adalah rumah Allah untuk dikunjungi khususnya untuk melaksanakan solat berjemaah. Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Tempat mengikat ukhuwah sesama Muslim.

Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman disamping sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam.

Dari Abdurrahman bin Mihran, mantan budak Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan Lokasi yang paling Allah benci adalah pasar.” (HR Muslim No: 1076)

Ganjaran Pergi dan Pulang Dari Masjid

Dari Ubay bin Kaab katanya; Ada seorang lelaki yang setahuku tidak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tidak pernah ketinggalan dari solat. Kemudian ada orang berkata padanya atau aku sendiri (Ubay) yang berkata padanya: “Bagaimana sekiranya kamu membeli keldai untuk kamu naiki ketika gelap atau ketika panas terik?

Lelaki itu menjawab; “Aku tidak ingin rumahku berdekatan masjid, sebab aku ingin langkahku ke masjid dan langkahku ketika pulang ke rumah semua dicatat.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mencatat untukmu seluruhnya.” (HR Muslim No: 1065)

Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW sanggup berjalan kaki menuju ke masjid dengan tidak pernah ketinggalan solat berjemaah walaupun jarak rumahnya dengan masjid paling jauh berbanding dengan sahabat lain.

Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW yang suka agar rumahnya berjauhan daripada masjid kerana ingin pahala yang banyak disebabkan banyaknya langkahan.

Mimbar Masjid Al Aqsa
Mimbar Masjid Al Aqsa

Imam Nawawi menyatakan: Allah mengurniakan ganjaran yang sama langkahan pulang ke rumah seperti ganjaran langkahan orang tersebut menuju ke masjid (termasuklah dengan menaiki kenderaan).

Jika langkahan menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu mendapat ganjaran dengan langkahan pertama diangkat kedudukan disisi Allah dan langkahan seterusnya di beri keampunan daripada dosanya, begitu juga langkahan pulang kerumah juga mendapat ganjaran yang sama.

mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s
Mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s

Membangun dan Mengimarahkan Masjid

Dari ‘Utsman bin ‘Affan RA beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah (mengharapkan reda-Nya) maka Allah akan membangunkan baginya rumah (istana) di Syurga” (HR Bukhari No: 450)

Besar keutamaan dan ganjaran pahala bagi orang yang membangunkan masjid dengan penuh keikhlasan bukan kerana mencari balasan duniawi, baik harta, kedudukan, ataupun pujian dan sanjungan.

Membangunkan masjid bukan hanya fizikalnya, termasuk pengimarahannya. Firman Allah:

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (QS At-Taubah: 18).

Menurut Imam Ibnul al-Jauzi: “Yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid (dalam ayat ini) ada dua pendapat:

a. Selalu mendatangi masjid dan berada di dalamnya (untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sama ada dengan mengerjakan solat, berada dalam majlis ilmu dan sebagainya).

b. Membangunkan masjid dan memperbaikinya

  1. Mengikut Muhammad Ahmad ar-Rashid dalam ar-Raqaik: Barangsiapa yang ingin istiqamah dijalan Allah hendaklah melalui pintu istiqamah iaitu masjid.

Ayuhlah kita semua datang ke masjid dan membuat ibadah seikhlas dan khusyuknya. Orang yang membangunkan masjid dengan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan membalas dengan ganjaran istana di syurga pada hari akhirat nanti.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!