Surau-surau di kawasan rehat dan R&R dibuka semula

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terkini, Surau-surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dibuka semula.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau PLUS di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.

“Begitu juga di Terengganu, surau-surau yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti di R&R Perasing, Paka dan Ajil serta di hentian sebelah dan plaza tol lebuh raya tersebut turut dibuka semula.

“Walau bagaimanapun, surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Negeri Sembilan masih lagi ditutup kepada orang ramai sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, pelanggan dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain perlu melakukan pendaftaran sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau manual serta penjarakan fizikal, pelanggan turut digalakkan menggunakan telekung dan sejadah sendiri kerana ia tidak disediakan buat masa ini.

Dalam masa sama, pelanggan turut dinasihatkan untuk segera beredar meninggalkan surau seusai solat bagi mengurangkan kontak fizikal.

Sumber: Bernama


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!