Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Seringkali menjadi perbalahan mengenai dua surah yang popular bila datangnya Hari Jumaat penghulu segala hari. Sama ada Surah Yasin atau Surah Al-Kahfi, mana yang menepati Sunnah Nabi dan Mazhab Syafie?
Kebiasaan masyarakat Malaysia bila tibanya malam jumaat, mereka akan membaca Surah Yasin berbanding Surah Al-Kahfi. Saya tidak mengatakan bahawa membaca Surah Yasin itu salah, pahala setiap kali kita baca ayat-ayat Al-Quran adalah tetap sama di sisi Allah.
Cuma, mari kita renungkan beberapa Hadith di bawah
Sabda Nabi SAW :
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ.
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.”
(Sunan Ad-Darimi. Lihat Shahih al-Jami’ no. 6471)
Sabdanya lagi:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ.
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(Sunan an-Nasa’i dan al-Baihaqi. Lihat Shahih al-Jami’ no. 6470)
Berkata Imam as-Syafi’e RA :
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال، وأنا في يوم الجمعة، وليلتها أشد استحبابا، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة، ويومها لما جاء فيها.
Aku suka membanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW pada setiap keadaan dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat.”
Baca : Dari Baitulmuqaddis singgah di Tasik Tiberia dan Ashabul Kahfi
Jelas di sini bahawa Imam Syafi’e RA lebih banyak dan suka membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat berbanding Surah Yasin. Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
(Kitab al-Umm, Kitab as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang Diperintahkan Pada Malam dan Siang Jumaat)
Wallahu’alam. Selamat beramal 🙂
8 Comments
facebook dan media sosial lain kita boleh khatam news feed nya…
mengapa dua surah ini tidak dikhatamkan jika sudah tahu ia betul betul memberi manfaat..
semoga kita semua tergolong dalam manusia yang diberikan rahmat olehNya
Curahan rasa Snapbackpacker @ ..Aktiviti, Bajet dan Harga Tiket Di Taman Tema Panorama Langkawi
Dengan membaca Surah Al-Khafi pada hari jumaat , moga kita dijauhkan dari fitnah dajjal dan Allah S.W.T mengampunkan dosa kita diantara jumaat dengan jumaat .
Curahan rasa sakinah @ ..Kedai Bayi dan Farmasi Jual Balm Tasneem di Johor
Bila sudah ada dalil tentang keutamaan baca surah al kahfi dan surah yasin dari imam Syafie, lebih mudah nak beramal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Jualan Di Shopee Dengan Guna Keyword Produk
Hari ini adalah hari jum’at jangan lupa membaca surat-surat yang dianjurkan ya para pembaca
Kebetulan hari ini hari jum’at, jangan lupa untuk membaca surat yasin dan al-kahfinya yaa para pembaca
Ada satu masjid yang amalkan yaasin pada setiap subuh. Pada Jumaat masjid ini baca juga yaasin pada malamnya dan besok baca yaasin lagi selepas subuh. Ada yang cadangkan untuk baca alKahfi pada malam sebab pagi esok baca yaasin, tapi cadangan tidak diterima. Sudah terbiasa macam itu. Sukar untuk diubah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ebook Panduan Buat Duit Dan Kerjaya Paling Laris 2019
Comments are closed.