Sultan Pahang diangkat jadi Agong Malaysia ke 16

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selesai pada 12.45 tengah hari tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu berlangsung selama lebih satu jam.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi itu dihadiri semua Raja-raja Melayu, kecuali Kelantan.

Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lepas.

Kenyataan rasmi mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad petang ini.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, kata sumber-sumber.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Allahuakbar.

Raja tetap diRaja.


Spread the love

9 Comments

  1. alhamdulillah, tepat sekali pelantikan Sultan Pahang kali ini. mujur lah suasana negara harmoni yang saya rasa pertama kali Agong meletak jawatan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!