Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cukup nostalgia dan ada sentimental value, itulah Proton Saga. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kagum dan memuji ketahanan kereta buatan Malaysia, Proton Saga.
Tun Mahathir dihantar oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor selepas sesi pertemuan selama 90 minit berlangsung bersama baginda di Istana Bukit Serene.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kereta Proton Saga biru yang dipandu sendiri Sultan Ibrahim itu adalah pemberian Tun Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Kereta yang dikeluarkan pada 1985 dengan nombor platnya “Proton 1” tersebut adalah hadiah kerajaan kepada bapanya, Almarhum Sultan Iskandar yang bergelar Yang di-Pertuan Agong semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke-4.
Kereta Proton yang dipandu Sultan Ibrahim dilihat meninggalkan pintu utama Istana Bukit Serene dengan Tun Mahathir duduk di kerusi penumpang hadapan.
Tun Mahathir bertemu dengan Sultan Ibrahim hari ini, pertemuan pertamanya dengan Sultan Johor sejak pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas yang mengembalikannya ke jawatan perdana menteri.
“Ia manual, masih berfungsi dengan baik. Telah melakukan perjalanan sejauh 22,000 kilometer. Harganya dulu RM17,000.”
Terdahulu, pertemuan antara Baginda Sultan dan Tun Mahathir berlangsung selama 90 minit selepas tiba di perkarangan istana pada jam 3.50 petang.
Bagaimana, initipati dan hasil perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu tidak dimaklumkan memandangkan ia adalah pertemuan tertutup.
6 Comments
Saya lihat masih ada kereta Proton saga sejenis ini di jalan raya. Kebanyakkannya di bandar bandar kecil dan di kampung. Kalau dijaga betul, memang tahan lama.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Ebook Terbitan Klikjer Paling Laris Tahun 2018
Baguslah, lebih baik bincang baik baik sebab kita sebagai orang islam bertuhankan Allah swt. Kalau kita bergaduh dan berpecah sesama islam. Siapa yang untung melainkan musuh islam?
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Pengedar susu kambing lazz di seluruh Malaysia.
kereta pertama yang saya beli dulu adalah kereta proton saga Magma 1.3..
sekarang sudah bertukar tangan dan entah ke mana nasibnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam Perkahwinan
Kereta Kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Sungguh menggamit memori. Hadiah kerajaan semasa Dr. Mahathir memegang jawatan sebagai PM ke 4 lagi
Walau pun sebelum ini ada sengketa berkaitan dengan isu Forest City, nampak ada bibit bibit untuk kasih bertaut kembali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan
memang menggamit memori sungguh ye. jaga elok lagi macam baru beluar kilang..logonya pun masih brkilat
Curahan rasa reezluv @ ..Things You Need To Know Before Getting a HDB BTO
Comments are closed.