Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak bawa cerita rumahtangga yang sering berlaku di depan mata. Awalan rumahtangga biasa dibina dari kesukaran samada kewangan atau fasiliti keluarga. Biasa isteri berkorban demi membina kehidupan keluarga supaya lebih berjaya dengan berkerja membantu suami dan menguruskan rumahtangga yang bukan kerja mudah.
Malangnya apabila keadaan keluarga dan kewangan keluarga semakin stabil sang suami mula berpaling kepada yang kedua. Kejayaan kehidupan akan dikongsikan dengan orang baru dan meninggalkan atau membiarkan isteri pertama bersama anak-anak yang telah berkorban jiwa dan raga.
Memang berkahwin lebih dari satu tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi yang menjadi salahnya apabila sudah kaya sudah berduit sang suami mencari isteri baru dipusat hiburan atau tempat yang tidak sesuai mencari bakal isteri. Kalau sang suami mencari pasangan baru dengan mencanang keburukan isteri pertama maka pasti kehidupannya akan gagal kerana jika kesempurnaan dicari pasti tidak akan bertemu.
Jika isteri pertama ada kelemahan sudah pasti isteri kedua, ketiga, keempat malah keseratus sekali pun ada kelemahan. Kelemahan seeorang isteri adalah menjadi tanggungjawab kepada sang suami untuk mendidik bukan membiarkan dan kemudian dicanang keburukan mereka pada wanita lain.
Baca juga : Suami curang ketika isteri mengandung
Suami adalah khalifah untuk mengetuai isteri dan anak-anak membawa bahtera bukan sahaja di dunia malah matlamat yang paling besar mengemudi keluarga sehingg ke Syurga. Jangan nanti kelak semua pahala suami akan diberi kepada isteri dan anak-anak kerana di dunia mereka tidak dipimpin dengan betul.
Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga ke akhirat.
Sang suami Pejamkan mata ingatkan pengorbanan susah senang isteri pertama dan kepada semua isteri jadilah isteri yang terbaik sehingga apabila suami bertemu wanita lain diluar mereka akan berkata isteri aku di rumah adalah yang terbaik. Setiap suami pasti akan diuji oleh Allah dengan wanita lain dan hanya yang sabar dan redha akan berjaya dengan ujian tersebut.
120 Comments
mdapat suami yg baik adalah kebahagiaan dan impian setiap wanita…
Curahan rasa Nana @ ..Satu Cerita
Saya baru saja menjadi isteri kedua salam 2 minggu, saya rasa x kuat untuk lalui semuanya. bagaimanakah saya perlu mencari kekuatan
kalau tau tak kuat, knapa nak juga jd yang ke2?
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
poligami biasanya akan berimbas pada anak-anaknya, yang akan kurang dpt perhatian dari ayahnya karena memikirkan isteri-isterinya. orang-orang yang sudah menjalani poligami harap sabar,, karena ini juga salah satu cobaan datu yang di atas.
kesian tgok anak-anak…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.