Strategi Bisnis 2018 oleh Sifu Khairul Hakimin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017“. Kali ini Abang nak berkongi tips bisnis oleh Bapak Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimi tuan punya blog Apemazing.com.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Setiap hari kita membaca berbagai kisah kejayaan kawan-kawan sosial media dalam berbagai bisnis. Kejayaan ini menjadi motivasi kepada ramai rakan-rakan yang ingin berhijrah daripada dunia bekerja kepada dunia bisnis sendiri. Untuk berjaya dalam bisnis perlu perancangan dan strategi yang mantap. Kali ini Abang nak kongsikan tips bisnis oleh Sifu Khairul Hakimi. Tips yang dikongsikan ini sangat baik untuk semua usahawan amalkan sekiranya benar-benar ingin berjaya pada tahun 2018.

Untuk kawan-kawan bisnes (owner), tak kiralah perniagaan itu besar atau kecil, mungkin ini boleh dimasukkan dalam strategi tahun baru 2018 nanti :

1. Membuat database network. Ambil bisnes kad mereka, dan tulis bidang apa bisnes mereka dan minta kakitangan jadikan ia sebagai database. Ia bagus untuk rujukan dan bantuan kepada syarikat.

2. Travel sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Semata-mata untuk belajar bagaimana produk / perkhidmatan yang sama dengan kita disusun dan dikawal selia di negara lain. Belajar belajar belajar sambil berjalan.

3. Mengambil kursus CEO, admin, public speaker, kewangan, sosial media dan pembangunan content sekurang-kurangnya 1 kali setiap 1 modul setahun. Supaya sentiasa up to date dengan sistem dan juga teknologi.

4. Membuat perbentangan syarikat pada awal tahun nanti tentang hala tuju syarikat sepanjang 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun akan datang. Beri kakitangan faham dan hadam supaya mereka juga bersama dengan kita.

5. Bersama dengan kakitangan dalam masalah syarikat. Supaya kakitangan tahu dan sedar yang mereka ada pemimpin, bukan bos yang suka mengarah dan bantai-bantai-bantai.

6. Membaca sekurang-kurangnya 20 buku setahun (pemilik bisnes) dan menganjurkan atau mencadangkan kepada kakitangan untuk membaca sekurang-kurangnya 12 buku setahun. Ia bagus dalam menajamkan minda dan mengasah kecergasan berfikir.

7. Beriadah dan sentiasa fit. Mulakan pada januari dengan membuat data berat badan, BMI, jumlah pengambilan kalori dan sebagainya (ini mari kita buat sama-sama). Supaya kita jadi contoh bisnes owner yang menjaga kesihatan.

8. Sentiasa up to date dengan isu semasa, perkembangan dunia pemasaran dan jualan dan mengikuti perkembangan bisnes dalam dan luar negara.

9. Menambah kawan-kawan bisnes dengan membuat sesi berkawan seperti minum sana sini, mengikuti seminar, menyertai larian amal, support program kawan-kawan dan semestinya membuat program amal sendiri.

10. Masuk ke media premium 2-4 kali setahun supaya sentiasa releven di mata pelanggan.

Yang lain kau tambah ya. Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad
Tahun bangkit 2018.


Spread the love

43 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian. insyaallah semua orang akan dapat manfaat utk kurangkan bebanan kos hidup tahun nie. insyaallah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!