Status Halal Secret Recipe dan Bir Arab

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari ini digemparkan lagi pulak dengan status halal minuman Bir Arab, Barbican Beer atau ada yang panggil Bir Halal. Daripada penyelidikan Jabatan Agama Johor melalui analisa Jabatan Kimia didapati kandungan alkohol dalam Bir Arab ini adalah 0.5 peratus melebihi apa yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.1 peratus. Barbican Beer dengan berbagai perisa yang dijual berleluasa oleh Ustaz dan peniagaa Islam dan menjadi kegilaan ramai tidak termasuk aku. Aku suka Root Beer je.

Adakah ini Bir Arab yang dikatakan oleh JAJ?

Bagi aku ada banyak minuman yang boleh diminum kenapa pulak kita nak minum Bir Arab ini? Orang Arab tu memang sejak zaman berzaman kaki Arak sebab tu diciptanya Bir seperti ini untuk mereka minum minuman yang menyerupai minuman yang disukai zaman berzaman. Kita tunggu apa maklumbalas dari JAKIM tentang status Halal Bir Arab ni.

Pengumuman Status Halal oleh Secret Recipe

Selain status Halal Bir Arab ramai juga yang mencari status Halal kek Secret Recipe setelah diheboh-hebohkan di alam maya bahawa statusnya tidak halal. Secret Recipe telah membeli iklan besar di beberapa akhbar aliran perdana untuk memaklumkan bahawa produk mereka HALAL dan terdapat kekeliruan kepada penggunaan nama Secret Recipe yang diumumkan oleh JAKIM. Secret Recipe memang antara lokasi makanan yang aku suka tu pun setelah semak Status Halal Jakim secara Online dan SMS nampaknya ok je tak ada masalah. Bukanlah selalu makan  di Secret Recipe ni sesekali je tu pun dengan keluarga.

Nota : Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

Update terkini :

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus – MStar.com.my.

2. Penjelasan Malt Istak minuman dari Iran yang dikatakan tidak sama dengan Bir Arab – Dr Faisal Tehrani.

[ad#Adsense300]


Spread the love

67 Comments

  1. kalau direnung ada tak kena.mari kita apa makna Beer yang kamus dewan maksudkan;Beer ialah alcoholic drink dieja Bir.Sejak “tumbuh telinga” saya dengar perkataan minuman Bir itu haram di sisi undang.Kalau JAKIM telah menetapkan 0.01 peratus kandungan alkohol yang secara semulajadi tidak dapat dielakkan dan jika melebihi nisbah itu bererti HARAM dan orang Islam yang takut hukum akhirat dari ALLAH pastinya menjauhkan diri darinya.Kenapa pulak nak digandingkan nama Bir Arab,hanya untuk menghalalkan Bir kepada orang Islam.Kenapa tidak nama lain.Orang Arab, orang Arablah,tetapi bila diimport untuk pasaran Malaysia sesuaikanlah dengan wajah Malaysia pula.Tidak perlu letak Bir,jus pun boleh perasa minuman pun boleh.
    Sekarang kita nampak terlalu banyak jenis makanan yang pelek2 sehingga timbul rasa was-was dan kembang air liur bukan inginkan sangat tetapi ada semacam rasa menolak dengan sendirinya untuk membeli makanan tersebut.Jadi untuk lebih berwaspada baik jangan dibeli dan dimakan, kerana makanan yang datang dari sumber yang tidak diketahui bukan saja memudaratkan kesihatan malah doa dan amalan kita turut mendap.Kalau mahu jadi orang Islam sejati hendaklah berhati hati dalam segala tindakan kerana yang rugi bukan sahaja di dunia tetapi lebih rugi di alam akhirat yang kekal abadi.

  2. berwaspada kalau makan atau minum kat luar.. semak dahulu status halal.. restoran bukan islam tapi halal tunbuh mcm cendawa sekarang.

  3. Sebenarnya ada bagus menimbulkan kesedaran dikalangan umat islam mengenai status halal dan haram supaya pengusaha makanan lebih celik mengenai isu ini jangan ingat mereka ini antaranya pengusaha islam mengambil berat bahan-bahan yang digunakan didalam penyediaan makanan dari sumber yang halal.

  4. Kadangkala, kita orang Melayu ni, pantang terdengar sahaja pengakuan halal, terus percaya. Nama pun dah dipanggil ‘Bir Arab’, masih lagi tergamak nak menghirupnya. Hati kecil macam tak terdetik mempersoalkan kebenaran dakwaan halal tu. Untuk saya, baru tahu ada minuman sebegini nama dan rupa. Mentaliti Melayu tu kena adun dengan mentaliti Islamic sikit. Mudah-mudahan ‘Instinct’ kita dipandu lurus.

    Kalau permasalahan makanan lain seperti kes Secret Recipe itu, masih boleh diterima. Maklumlah nak makan kek biasa kita mesti mahu yang sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Kalau dah timbul keraguan, jabatan berkenaan patut dirujuk demi keputusan yang benar. Mesti telus. Usah pula demi menjaga matalamat keuntungan sesetengah pihak, kebenaran diselindungkan.

    Perkara yang ‘ter’ biasanya dapat dimaafkan dalam Islam. Namun yang sengaja dilakukan walau diketahui kesahihannya itu nanti jatuh berdosa.

  5. Ada satu hadis tentang akhir zaman,

    Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis- artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi”.

    Hadis ni riwayat ibn Majah.

    Tula kita manusia, masa hidup kat dunia tidur, dah mati baru terjaga!

  6. patut lebih banyak siasatan dilakukan untuk pastikan semua barangan tak kira makanan ke minuman ke,semuanya halal .

    orang Islam pun janganlah bagi alasan ,konon sedap ke ape ke sampai lupa halal haram 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!