Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari ini digemparkan lagi pulak dengan status halal minuman Bir Arab, Barbican Beer atau ada yang panggil Bir Halal. Daripada penyelidikan Jabatan Agama Johor melalui analisa Jabatan Kimia didapati kandungan alkohol dalam Bir Arab ini adalah 0.5 peratus melebihi apa yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.1 peratus. Barbican Beer dengan berbagai perisa yang dijual berleluasa oleh Ustaz dan peniagaa Islam dan menjadi kegilaan ramai tidak termasuk aku. Aku suka Root Beer je.
Bagi aku ada banyak minuman yang boleh diminum kenapa pulak kita nak minum Bir Arab ini? Orang Arab tu memang sejak zaman berzaman kaki Arak sebab tu diciptanya Bir seperti ini untuk mereka minum minuman yang menyerupai minuman yang disukai zaman berzaman. Kita tunggu apa maklumbalas dari JAKIM tentang status Halal Bir Arab ni.
Selain status Halal Bir Arab ramai juga yang mencari status Halal kek Secret Recipe setelah diheboh-hebohkan di alam maya bahawa statusnya tidak halal. Secret Recipe telah membeli iklan besar di beberapa akhbar aliran perdana untuk memaklumkan bahawa produk mereka HALAL dan terdapat kekeliruan kepada penggunaan nama Secret Recipe yang diumumkan oleh JAKIM. Secret Recipe memang antara lokasi makanan yang aku suka tu pun setelah semak Status Halal Jakim secara Online dan SMS nampaknya ok je tak ada masalah. Bukanlah selalu makan di Secret Recipe ni sesekali je tu pun dengan keluarga.
Nota : Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
Update terkini :
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus – MStar.com.my.
2. Penjelasan Malt Istak minuman dari Iran yang dikatakan tidak sama dengan Bir Arab – Dr Faisal Tehrani.
[ad#Adsense300]
67 Comments
hehehe baru je buat entry ni pagi2 tadi :))
laju je ko ye.. 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..Wawancara bersama Pisyek
aku bosan pg tadi takleh tdo haha
yang haram nak dihalalkan. jgn lepas ni ada halal pork pulak.
Curahan rasa Maisarah @ ..Sweetest Thing in The World
Laa dah setahun rasanye dipasaran, mintak xda yg ketagih
Lahabau betul, aku pun kena
Curahan rasa wanluqman @ ..Encik Nakal – searchable key
Sepertinya Bir itu haram jika sudah memabukkan…
menurut saya biar tidak memabukkan sudah haram.
wah saya malah belum pernah denger ada bir yang merk-nya bir Arab.
Curahan rasa rubiyanto19 @ ..Air Susu Ibu
Merk nya barbican beer tapi selalu di panggil dengan nama bir arab
Iya… aku juga baru tahu dari postingan ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011
wah hal yang unik alkohol tapi halal
Curahan rasa munir ardi @ ..Educational Software for your Children
lah…sejak bile plak alkohol tu haram..yg haramnya arak
Curahan rasa Fina @ ..2AM autograph session- meet & greet session & showcase 21052011
even perfume kita ada alkohol. 🙂
Umumnya farfum menggunakan alkohol sebagai pelarut.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011
dulu masa kimi class, buat perfume letak alkohol juga haha
Yah…ena mengandung Alkohol arak haram kar
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011
ustazah gua masa tadika dulu cakap benda yang memabukkan itu haram. 🙂
Curahan rasa Pisyek @ ..Wawancara bersama Pisyek
tadika? hahaha comey
Baru pertama kali dengar bir arab ne ,bir biasa pon aku tak kenal ,lagikan bir arab ne .
Curahan rasa Andy @ ..Simple Resume
Kebanyakan blogger buat post tak buat research dulu ni. Semua nak jadi popular. nasib baik tak kena saman oleh secret recipe….. 🙂
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Check saman online
Itu pun satu hal juga blogger boleh jadi penyampai tapi bukan suka2 menuduh tanpa usul periksa. Mesti ada sumber yg sah.
ini la akibatnya jika menulis tanpa ada rasa tanggungjawab. keje nak menyusahkan orang aje. =.=
Curahan rasa Pisyek @ ..Wawancara bersama Pisyek
naseb tak buat. sbb dah agak hahaaa
Kat gerai-gerai masjid Shah Alam (hari jumaat) pun ada dijual Babrican ni. Tapi tak pasti pulak masih ada lagi ke tidak sebab dah lama tak pergi membeli-belah kat situ
Curahan rasa Azwan @ ..What Can You Do With Your Adsense Money
Memang banyak jual terutama kalau ada karnival yg islamik
Saya belum pernah dapat di sini bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011
masalah Secret Recipe tu cuma satu salah paham je tu. Mujurlah boleh makan. Kalau tak kempunan jugaklah nak makan Choc Larva dengan Icecream Top lagi dah. Huhu.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Sesuatu Yang Paling Besar Di Dunia Akan Muncul Di Ekspresi Ruang!
barbican pulok dohhhh
Curahan rasa MuJE @ ..Pokok Meet Uncle Hussain feat Nubhan
kau mesti suka minum kat vifai kan bahahaha
lega… mmg kecoh hal kek ni.. dah la saya ni hantu kek.. hahahah
Curahan rasa shahjiehan @ ..18sg – Gambar kemalangan ngeri
selalu gak minum barbician ni
lepas cawangan satay kajang pediaahh..:)
dan secret recipe tu dapat taw berita semua barang diorang import dari luar..
tade guna barang2 kita ni..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Filem – KL Gangster
Pernah ternampak bir arab ni tapi tak berani nak minum sebab rasa was-was.
Curahan rasa Sobri @ ..Muka ganas- tapi dalam hati ada taman
Bir Arab baru pertama kali dengar.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download Soal SNMPTN 2011
Sertifikasi halal memang sangat dibutuhkan untuk makanan dan minuman yang banyak dikonsumsi terutama oleh kalangan muslim.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download Soal SNMPTN 2011
Comments are closed.