Solat Terawih 8 atau 20

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat malam 1 Ramadhan penuh sesak Masjid di Taman Perumahan kami setelah puasa diistiharkan oleh Pemegang Mohor Besar Majlis Di Raja. Ada di kalangan yang datang macam tak pernah kenal pun dan ada yang tak sangka rupanya kita duduk satu taman perumahan.

Habis je Solat Terawih 8 rakaat bertempiaran keluar sehingga tak sempat nak tunggu doa tinggallah beberapa saff jemaah biasa yang meneruskan hingga rakaat ke 20 dan Solat Witir 3 rakaat. Bagaimana fenomena di Masjid dan Surau tempat anda, sama ke?

Solat sunat Terawih ini istimewa kerana hanya diadakan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan-bulan yang lain. Kalau Para Sahabat, Ulama dan Para Tabiin menganggap Solat Terawih sebagai acara merehatkan badan sambil mendengar bacaan Al Quran untuk mendapat redha ALLAH SWT tetapi kita pula merasakan bagai paksaan.

Solat Terawih merehatkan badan setelah seharian berpuasa

Semakin penghujung Ramadhan ujian semakin tinggi kerana acara dunia semakin banyak mana yang nak pergi majlis Buffet Ramadhan, shopping baju raya dan shopping kuih raya. Fenomena biasa semakin hujung bulan Ramadhan Masjid dan Surau semakin kosong dan Pasaraya dan Mall semakin penuh.

Kenapa tidak tahun ini kita bersama mengubah budaya yang tidak baik ini. Mari kita sama- sama berazam untuk melipat gandakan amalan terutama Solat Terawih dan mengejar Lailatul Qadar yang ganjarannya SubhanAllah terlalu besar tiada bandingan dengan wang ringgit, Emas dan Silver trillion dollar. Kalau tak sempat solat di Masjid atau Surau bolehlah kita laksanakan di rumah sendirian atau berjemaah dengan keluarga.

Tak kisahlah Solat Terawih 8 atau 20 rakaat yang penting jangan tak solat lansung kerana jangan jadikan kita antara manusia yang rugi. Jangan jadikan Ramadhan tahun ini tiada nilai muhasabah dan kita sama seperti tahun-tahun yang lepas. cuma buat 8 dapat pahala 8 tak sama dengan ganjaran untuk mereka yang buat 20 rakaat.

Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki apa yang kurang sebelum ini. Peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah imannya.

Panduan Solat Terawih dan kelebihannya @ Solat Sunat Terawih.


Spread the love

47 Comments

  1. kalau untuk sesuatu yang sunnah, lebih baik kite lakukan yang paling banyak. contohny untuk solat tarawih, lebih baik kita kerjakan yang 20 rakaat.
    🙂
    Curahan rasa Adhari @ ..DermarollerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!