Solat tarawih, paling laju vs paling lama di dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa tahun dulu masyarakat Indonesia digemparkan dengan berita penduduk di daerah Indramayu yang menunaikan solat tarawih sebanyak 23 rakaat hanya dalam tempoh tujuh minit, namun lain pula keadaan bagi penduduk di sebuah daerah ini.

Liputan6 melaporkan, penduduk di Desa Temboro, mukim Karas menunaikan solat tarawih yang diadakan di Masjid Agung Al-Fatah sebanyak 23 rakaat termasuk solat witir dalam tempoh lapan jam.

Menurut Pengurus Pondok Pesantren Al-Fatah, Zaenal Abidin, solat tarawih yang dilakukan di masjid ini sama jumlah rakaatnya dengan masjid lain, 20 rakaat tarawih dan tiga rakaat witir.

tarawih 23 rakaat paling laju adalah 7 minit

Apa yang membezakannya adalah imam membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan satu juzuk al-Quran.

“30 juzuk al-Quran dibahagi kepada 20 rakaat dengan empat rakaat salam. Jadinya, satu rakaat rata-rata satu juzuk al-Quran,” kata Zaenal.

Kebiasaannya, solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah dimulakan selepas solat Isyak dan berlanjutan hingga jam 3.00 pagi (waktu tempatan) sekali gus menghampiri waktu sahur.

Jemaah solat tarawih di masjid berkenaan terdiri dalam kalangan penghafaz al-Quran di Pesantren Al-Fatah dan juga penduduk setempat.

Untuk imam solat pun ada empat orang sehingga selama 20 rakaat ada pergantian imam. Makmum solat tarawih itu pun harus menyemak bacaan imam yang hafal Alquran. Terlihat beberapa makmum membawa mushaf Alquran saat solat.

Sebenarnya Solat Tarawih ini untuk umum. Masyarakat luar juga boleh ikut, tetapi kerana waktunya lama jarang warga umum yang boleh mengikutinya.

tarawih 23 rakaat paling lama adalah 8 jam

Zaenal Abidin menjelaskan sebenarnya di masjid yang memiliki luas sekitar 2 hektare ini tidak hanya ada satu majlis solat dengan bacaan 30 juz saja. Namun, ada beberapa majlis solat Tarawih iaitu salat Tarawih dengan 5 juz Alquran, 7 juz Alquran, dan 15 juz Alquran.

“Jadi solat Tarawih di masjid besar tidak hanya satu titik atau majlis. Ada beberapa majlis dengan tempo waktu yang berbeza-beza. Tetapi paling lama memang yang 30 juz ini,”

Untuk salat Tarawih dengan bacaan 30 juz ini memang hanya ada di satu lokasi masjid. Sedangkan, untuk masyarakat umum di Desa Temboro biasanya salat Tarawihnya dengan bacaan 1 juz sampai 1.5 juz dalam satu kali salat tarawih dengan tempo sekitar 1 jam sampai 1.5 jam.

Yang paling laju 7 minit, yang paling lama 8 jam. Boleh tak kita solat tarawih seorang diri?


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!