Solat, Tapi Masih Melakukan Maksiat

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ada orang yang menunaikan solat namun masih lagi tidak dapat membendung diri daripada maksiat atau dosa-dosa kecil. Ada orang yang sentiasa menunaikan solat di awal waktu, namun tidak dapat lagi meninggalkan tabiat buruk yang sering dilakukan.

Bahkan, ada juga dalam kalangan kita yang bukan sahaja melakukan dosa kecil, tetapi dosa besar, tetapi baginya, ia adalah perkara biasa yang dilakukan.

Baca : 12 Seksaan Akibat Meninggalkan Solat

Mengapa ini terjadi? Seringkali kita mendengar bahawa solat yang dilakukan boleh mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.

Solat yang dilakukan juga boleh membendung diri kita daripada maksiat dan keterikatan kepada dunia. Namun, apabila kita dijamu dengan berita-berita sensasi hari ini seperti – ustaz yang didakwa merogol anak muridnya atau golongan yang menunggang agama, pasti terdetik di hati persoalan-persoalan ini.

Solat Yang Dilakukan Tanpa Hati

Jika kita melakukan solat sekadar mengikut apa yang nenek moyang kita lakukan sebelum ini, itu bermaksud kita bersolat kerana ‘tradisi’.

Jika kita bersolat kerana tuntutan agama, ia seolah-olah kita tidak menghayati makna di sebalik solat tersebut.

Jika kita bersolat kerana ingin menunjuk, itu sudah pasti membawa maksud lain, iaitu riak dan perbuatan tersebut tidak ikhlas.

Jadi, adakah anda rasa solat tersebut adalah sekadar perbuatan dan rutin harian yang perlu dilakukan tanpa dihayati.

Adakah solat sebegini yang akan mencegah seseorang daripada melakukan maksiat? Kalau dilihat pada pandangan peribadi penulis, amat sukar untuk menentukan solat yang dilakukan itu boleh mencegah daripada melakukan dosa.

Baca : 5 Jenis Solat Sunat Yang Mampu Selesaikan Masalah Yang Kita Hadapi

Bayangkan, anda berdiri menghadap kiblat, namun hati tidak dibawa ke dalam solat. Sedangkan Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan ayat 45 daripada surah Al-Ankabut berkata:

Maksud: “Dalam solat ada tiga hal di mana jika ia tidak hadir, maka ia tidaklah disebut sebagai solat. Tiga perkara tersebut ialah ikhlas, rasa takut dan ingat kepada Allah. Ikhlas itulah yang memerintahkan pada yang makruf (kebaikan). Rasa takut itulah yang mencegah dari kemungkaran. Sedangkan zikir melalui Al-Quran yang memerintahkan dan melarang sesuatu.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, 6:65)

Jadi, apabila anda bersolat, hadirkanlah tiga perasaan utama itu, iaitu ikhlas, takut kepada Allah dan mengingatiNya.

Jangan solat sekadar solat. Jangan solat kerana ia suruhan. Jangan solat kerana ia adalah tabiat. Tapi solatlah dengan menghayati makna di sebaliknya. Solatlah kerana Allah.

Wallahu a’alam.

Sumber; Rumaysho.com


Spread the love

One Comment

  1. Walau jahat yang kita lakukan. Jgn tinggal solat. Lambat laun pasti Allah akan buat kita rasa bersalah. Bagi saya Hidayah perlu dicari

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!