Solat ketika cabaran Ironman, Alif Satar kongsikan video jawab persoalan warganet

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, kejayaan Alif Satar menamatkan Ironman Langkawi 2019 menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji kesungguhan dan mengagumi kekuatan fizikalnya. Bayangkan dia berjaya menamatkan cabarannya lebih 220 km dalam masa 15 jam 5 minit.

Namun, ada netizen mempersoalkan bagaimana Alif menunaikan solat jika mengambil masa 15 jam di acara tersebut. Alif sebelum ini pernah memaklumkan pihak penganjur ada menyediakan tempat khas untuk umat Islam menunaikan kewajipan mereka.

Terbaru, bagi memberikan gambaran jelas kepada netizen, penyanyi itu menerusi akaun Instagramnya memuat naik video dia mengambil wudhuk dan menunaikan solat di ‘checkpoint’ perlumbaan.

Ia sekaligus menutup komen melampau dan mulut ‘kepochi’ netizen yang mempertikaikan sama ada Alif sempat solat ataupun tidak sepanjang acara berlangsung.

Kemudahan untuk mengambil wudhuk dan solat disediakan

surprise!:) didn’t want you guys to wait too long.. so here it is, the last episode. Just wanna say thank you to all of you for being part of my Ironman Malaysia 2019 journey.. I hope it has inspired you to go further than you can ever imagined.So go on guys.. where do we go from here? UP!💯🔥 p/s thank you to my @shutterspeak.my team and @cglah from Ironman Malaysia. FULL VIDEO ON MY YOUTUBE CHANNEL. LIKE, COMMENT & SUBSCRIBE – (IG Alif Satar)

Solat benda mudah, rakan artis puji penerangan Alif

Perkongsian Alif menerima pujian ramai termasuk rakan-rakan artis yang bangga dengannya kerana tidak meninggalkan perkara wajib meskipun dalam perlumbaan. Contoh terbaik buat masyarakat di luar sana.

Terdahulu, Alif melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi 2019  dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.
BangNara


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!