Solat Jumaat Pertama Di Wilayah Persekutuan Selepas 8 Minggu Ditangguh

Spread the love

Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni bersyukur kerana kerajaan memberi kelonggaran umat Islam di negara ini kembali mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah bermula hari ini.

Menurutnya, kira-kira dua bulan dan lapan kali Jumaat masyarakat Islam tidak dapat melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah dan digantikan dengan solat Zohor.

Pada hari ini kita bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberi kelonggaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah yang lain.

Bagaimanapun kebenaran tersebut bersyarat iaitu di masjid atau surau yang diberikan kebenaran atau berada dalam zon hijau dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”

katanya ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Baca : Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan

Sementara itu, guru tahfiz, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, berkata, dia bersyukur dan gembira apabila diberi peluang kembali menunaikan solat Jumaat walaupun perlu mengikut SOP ditetapkan.

Alhamdulillah dan ia satu perasaan yang sukar digambarkan dan gembira dapat menunaikan semula solat Jumaat,”

Kerajaan semalam membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.

Video ehsan KiniTV

sumber : Sinar Harian


Spread the love

3 Comments

  1. Kita gembira dengan berita. Tapi ada sedihnya. Orang yang tangkap gambar lebih ramai dari yang solat. Yang tangkap gambar itu duduk rapat-rapat pula tiada jarak sosial tapi yang solat kena jarak sosial. Situasi ini menakutkan. Kita tidak mahu solat jemaah di masjid hanya satu ritual adat sebagai bahan berita sahaja.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!