Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan, hari ini menggesa umat Islam di seluruh dunia mengerjakan sembahyang di rumah sepanjang Ramadan jika negara masing-masing mewajibkan penjarakan sosial.
Baca : Kaabah adalah suatu binaan yang sangat mulia
Menurut laporan agensi berita rasmi SPA, yang memetik kenyataan majlis terbabit, arahan itu adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 bertambah berikutan ramai orang akan berkumpul bagi sembahyang berjemaah.
Bulan Ramadan yang akan bermula minggu depan disambut dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di masjid.
Masyarakat Islam perlu mengelakkan diri daripada berhimpun kerana ini adalah punca utama tersebarnya jangkitan,
Kita perlu ingat bahawa memelihara nyawa adalah perilaku mulia yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT,”
Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz bin Abdullah bin Mohammed Al El-Sheikh, semalam berkata berkata solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri perlu dilaksanakan di rumah masing-masing sekiranya wabak coronavirus berterusan.
Baca : Nikah Secara ‘Online’ Pertama Di Malaysia
Kerajaan Arab Saudi pada pertengahan Mac lalu membatalkan solat berjemaah di masjid termasuk solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai langkah untuk memerangi COVID-19.
Dalam perkembangan lain, minggu lalu Masjid Nabawi di Madinah melarang sebarang kegiatan termasuk majlis berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan ini. – AGENSI
Baca : Datuk Dr. Noor Hisham tersenarai antara tiga doktor terbaik dunia tangani krisis COVID-19
- Ibadah Haji pernah disekat sebanyak 40 kali kerana Wabak Penyakit
- Covid-19 tiga pemain Juventus dijangkiti dan banyak perlawanan liga dibuat dalam stadium tertutup
- Pasar Malam, Pasar Tani dan Dobi layan diri dilarang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
- Pihak berkuasa akan tangkap mereka yang degil tidak mahu buat saringan Covid-19
- Pengalaman Pegawai Daerah kena Kuarantin Covid-19
6 Comments
bila tengok ka’bah rasa sedih je lagi2 nak dekat ramadhan, rasa sayu tak ramai orang T_T. Semoga kita di panjangkan umur dan boleh pergi mekah
Ya Allah sebentar lagi Bulan Ramadhan tapi bumi masih dalam keadaan seperti ini, kita dianjurkan untuk sholat dirumah saja padahal lebih syahdu jika dilakukan berjamaah
Boleh saja mengerjakan solat tarawih di rumah bersama keluarga, isteri dan anak anak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP
ada empat hari lagi akan berpuasa dan ini cukup memberi kejutan bila bertarawih hanya di rumah sahaja
Curahan rasa mrhanafi @ ..10 cara jadi kaya dan petanda lebih kaya menurut Denny Darko
Mungkin ini teguran buat kita umat manusia yang sudah mulai banyak berbuat maksiat di muka bumi ini, semoga semua cepat berlalu
Allahu, tak ada lah siaran solat tarawih di Mekah tahun ni di TV. Tak boleh bayangkan… mesti terngiang-ngiang bacaan solat dan seru selawat ramai-ramai, suara budak-budak kat Masjid masa duduk di rumah malam bulan puasa nanti… Ya Allah, kami dengan rendah hati mohon diangkatkan lahh… wabak ini…
Comments are closed.