Sisa toksik bertahun lamanya ditanam bawah tanah, punca gas beracun tersebar di Pasir Gudang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih berlaku udara yang tercemar dihidu penduduk.

Kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, dipercayai berpunca pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah. Perkara itu telah berlaku sejak bertahun-tahun lamanya dahulu dan kini ia menjadi kritikal.

Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, memberitahu bahawa tindakan menanam sisa toksik di dalam tanah boleh mengakibatkan pencemaran udara.

Saliran air bawah tanah di daerah itu berkemungkinan sudah tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke permukaan sehingga membentuk gas toksik.

Pelupusan bahan kimia di Sungai Kim Kim bukanlah satu-satunya sumber gas beracun kerana ia masih berada di sana selepas kawasan berkenaan dibersihkan. Pihak penyiasat mengesyaki terdapat sisa kimia yang ditanam di dalam tanah sekitar Pasir Gudang sejak bertahun-tahun lalu.

Wan Ramli yang juga bekas Perunding Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA) untuk Industri Minyak, Gas dan Petrokimia berkata, kerajaan menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu mengeluarkan arahan menghentikan sementara operasi semua kilang dan loji kimia.

Ini adalah satu-satunya cara untuk menghentikan kejadian keracunan gas di Pasir Gudang daripada terus berulang.

JAS dan JKKP perlu memeriksa rekod pembuangan bahan kimia di setiap kilang untuk menentukan dalang yang bertanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Dalam kenyataan itu turut mendedahkan pernah menjalankan kajian sebagai perunding QRA kepada Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk cadangan pembinaan loji kimia di Pasir Gudang pada sekitar 1980-an.

“Pasir Gudang pada asalnya adalah untuk industri kecil dan sederhana, namun kerana kurang mendapat sambutan mendorong kerajaan negeri menawarkan tanah kepada industri berat seperti cadangan pembinaan loji kimia.

Loji kimia itu tetap dibina walaupun hasil kajian QRA menunjukkan sebarang kemalangan yang menyebabkan penyebaran toksik dan gas mudah terbakar akan memberi kesan kepada penduduk berhampiran.

Anggaplah Pasir Gudang dan bencana yang berlaku ini sebagai loceng kecemasan yang berbunyi untuk semua pelosok tanah air kita yang terdedah kepada bahaya yang besar, dan anggaplah ini sebagai satu amaran kecil sebelum kita ditimpa oleh bahaya yang lebih besar lagi.

Peringatan ini ialah untuk pihak yang berkuasa, tenaga manusia dan mesin yang digunakan, dan yang lebih besar lagi ialah untuk setiap individu penghuni ala mini, bagaimanakah mengurus diri supaya sentiasa berdisiplin, berperaturan, tertib dan saksama, mengikut lunas-lunas budaya bersih dan lebih-lebih lagi ajaran Syariah dan nilai akhlak keagamaan sendiri.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!