Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berita Sir Jony Ive meninggalkan Apple selepas bertugas hampir tiga dekad adalah antara berita palingan hangat minggu lalu. Beliau kini dilihat sebagai antara pereka paling berpengaruh dalam sejarah kerana menghasilkan iPhone, iPad, iPod, iMac, MacBook, dan banyak lagi produk yang menjadi ikutan pengeluar lain.
Terdapat banyak spekulasi mengapa Ive meninggalkan Apple bagi membentuk firma rekaan LoveFrom bersama Marc Newson.
Walaupun telah meninggalkan Apple, Ive masih akan mempunyai hubungan dengan syarikat tersebut kerana ia adalah pelanggan pertama LoveFrom. Menurut Ive, pada waktu ini beliau akan menumpukan perhatian kepada LoveFrom yang akan mereka peranti boleh-pakai serta produk berkaitan kesihatan.
Laporan Wall Street Journal mengatakan Ive meninggalkan Apple kerana tidak berpuas hati dengan haluan syarikat tersebut selepas kematian Steve Jobs. Beliau dikatakan “hilang semangat” kerana Apple kini dipenuhi pengarah dengan latar belakang sektor kewangan serta operasi dan bukan dari teknologi yang merupakan perniagaan utama syarikat.
Tim Cook pula menunjukkan minat yang sedikit untuk membangunkan produk baharu tidak seperti mendiang Jobs.
Ive dikatakan menggesa supaya Apple Watch dihasilkan walaupun mendapat tentangan dari beberapa eksekutif yang merasakan ia tidak mempunyai fungsi membunuh yang membuatkannya menjadi peranti harus dimiliki. Pasca pelancaran Apple Watch, sambutan dari pengguna amat dingin dengan hanya 10 juta terjual berbanding sasaran awal Apple sebanyak 40 juta.
Beliau turut semakin jarang datang ke pejabat dan menghabiskan masa di UK bagi menjaga bapa beliau yang mengalami masalah kesihatan. Kadang kala beliau hanya hadir ke pejabat untuk melihat rekaan peranti terkini sebanyak sehari seminggu. Ini menimbulkan pasukan pereka di Apple kecewa dengan ketiadaan beliau kerana perlu mendapatkan kelulusan.
Selepas artikel WSJ diterbitkan, Tim Cook telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman NBC yang menyangkal laporan tersebut. Menurut Cook laporan tersebut adalah tidak munasabah dan berbeza sama sekali dengan operasi harian di Apple.
-amanz-
5 Comments
thanks for sharing this post for us you really tried a lot. I gain a lot thanks again.
Curahan rasa josh @ ..Facebook GIF Ads – Create Facebook GIF Ads | Use GIF as Ads
wow, this is nice thanks for sharing this post. you guys have great contents and nice blog here.
Curahan rasa josh @ ..WhatsApp for iPad – How to use WhatsApp on your iPad
Kehilangan aura Steve Job masih terasa sehingga kini..
biarpun ada pengganti tetapi tiada galang ganti seperti mediang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Apakah Maksud Skandal ?
Tanda-tanda kejatuhan jenama Apple. Jika tidak diatasi dengan segera, takut nanti syarikat Apple boleh gulung tikar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery
Itulah bahayanya bila pendiri syarikat terlalu ‘melekat’ dengan syarikat. Bila ia tiada, syarikat seperti kapal tanpa nakhoda. Kapal boleh belayar guna jurumudi automatik, tapi ghairah belayar sudah tidak sama.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tanpa Sedar Ramai IbuBapa Telah Memper’RAJA’kan Anak!
Comments are closed.