Sir Jony Ive ‘hilang semangat’ dengan arah tuju Apple, akhirnya tinggalkan syarikat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita Sir Jony Ive meninggalkan Apple selepas bertugas hampir tiga dekad adalah antara berita palingan hangat minggu lalu. Beliau kini dilihat sebagai antara pereka paling berpengaruh dalam sejarah kerana menghasilkan iPhone, iPad, iPod, iMac, MacBook, dan banyak lagi produk yang menjadi ikutan pengeluar lain.

Terdapat banyak spekulasi mengapa Ive meninggalkan Apple bagi membentuk firma rekaan LoveFrom bersama Marc Newson.

Walaupun telah meninggalkan Apple, Ive masih akan mempunyai hubungan dengan syarikat tersebut kerana ia adalah pelanggan pertama LoveFrom. Menurut Ive, pada waktu ini beliau akan menumpukan perhatian kepada LoveFrom yang akan mereka peranti boleh-pakai serta produk berkaitan kesihatan.

Johny Ive

Laporan Wall Street Journal mengatakan Ive meninggalkan Apple kerana tidak berpuas hati dengan haluan syarikat tersebut selepas kematian Steve Jobs. Beliau dikatakan “hilang semangat” kerana Apple kini dipenuhi pengarah dengan latar belakang sektor kewangan serta operasi dan bukan dari teknologi yang merupakan perniagaan utama syarikat.

Tim Cook pula menunjukkan minat yang sedikit untuk membangunkan produk baharu tidak seperti mendiang Jobs.

Ive dikatakan menggesa supaya Apple Watch dihasilkan walaupun mendapat tentangan dari beberapa eksekutif yang merasakan ia tidak mempunyai fungsi membunuh yang membuatkannya menjadi peranti harus dimiliki. Pasca pelancaran Apple Watch, sambutan dari pengguna amat dingin dengan hanya 10 juta terjual berbanding sasaran awal Apple sebanyak 40 juta.

Beliau turut semakin jarang datang ke pejabat dan menghabiskan masa di UK bagi menjaga bapa beliau yang mengalami masalah kesihatan. Kadang kala beliau hanya hadir ke pejabat untuk melihat rekaan peranti terkini sebanyak sehari seminggu. Ini menimbulkan pasukan pereka di Apple kecewa dengan ketiadaan beliau kerana perlu mendapatkan kelulusan.

Selepas artikel WSJ diterbitkan, Tim Cook telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman NBC yang menyangkal laporan tersebut. Menurut Cook laporan tersebut adalah tidak munasabah dan berbeza sama sekali dengan operasi harian di Apple.
-amanz-


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!