Simposium Keagungan Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Selamat menyambut bulan Syaaban.

Pada 16 – 20 April akan diadakan Simposium Keagungan Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa di Plenary Theatre, Aras3, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Poster Simposium Keagungan Al-Quran

Barisan panel yang hebat seperti Tuan Fazrul Ismail, Tuan Haji Norden Mohamed, Ustaz Cep Ma’mun, Ustaz Bachtiar Nasir, Ustaz Abdullah Bukhari, Ustaz Ambya dan Tuan Haji Amir Hassan yang sedia memberikan input menarik dan bermanfaat.

Berikut merupakan tentatif program yang bermula daripada tarikh 16 April sehingga 20 April;

Tentatif program

16 April 2019

Program akan dimulakan dengan Seminar “Wartawan Al-Quran” pada 16 April 2019, 2.00 petang – 6.30 petang di Plenary Theatre, Aras 3, KLCC. Objektif utama seminar adalah untuk membina legasi “Wartawan Al-Quran” daripada kalangan penulis, wartawan, blogger, aktivis sosial dan mereka yang berminat dalam bidang penulisan secara online dan offline berpandukan al-Quran.

Penceramah yang akan bersama dan sedia untuk sampaikan ilmu pada hari tersebut ialah Tuan Fazrul Ismail (Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas) Tuan Haji Norden Mohamed (Mantan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian) Tuan Haji Amir Hassan (CEO Denaihati Network SDN BHD) dan Ustaz Abdullah Bukhari (Penulis Buku Siri Wartawan Quran).

Sehubungan itu, program bengkel Wartawan Al-Quran bukanlah kali pertama diadakan, ia merupakan program yang ketiga dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Untuk siri 1 dan 2 telah diadakan di Shah Alam bertempat di SACC dan Karangkraf dan telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta yang menyertainya.

17 April 2019

Pada 17 April 2019, 9.00 pagi – 4.30 petang. Buat julung kalinya program World Convention Al-Kahf yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas akan diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Berpandukan surah al-Kahf, masyarakat lebih memahami dengan cabaran iman, harta, ilmu dan kekuasaan serta mendapat solusi kehidupan. Berhadapan dengan cabaran dengan tenang dan redha apabila kita berpandukan kata-kata Allah.

18 April 2019

18 April 2019, 2.00 petang – 6.30 petang di Plenary Theatre, Aras 3, KLCC pula akan dijalankan Seminar Al-Hafiz. Ia bagi memberi motivasi Al-Quran, tips & teknik menghafal A-Quran. Bukan itu sahaja, masyarakat dapat praktik simulasi mudah menghafal dengan Mushaf Al-Hafiz dan menghafal dengan makna 10 ayat dari Surah Al-Kahfi beserta tadabbur.

19 April 2019

Lagi program menarik iaitu Seminar Amazing Al-Quran pada 19 April 2019, 2.00 petang – 4.30 petang di Plenary Theatre, Aras 3, KLCC. Al-Quran lebih dihayati dan menarik apabila kita dapat berinteraksi dengannya melalui baca, faham dan amal serta meletakkan sepenuh keyakina bahawa Al-Quran itu adalah solusi dan manual terbaik dalam kehidupan. Inshaallah dengan Amazing Al-quran membawa kepada kehidupan yang Amazing.

20 April 2019

20 April 2019, 2.00 petang – 6.30 petang di Plenary Theatre, Aras 3, KLCC. Hari terakhir, akan diadakan seminar keagungan Al-Quran sebagai solusi dalam organisasi dan keluarga. Sangat menarik apabila masyarakat dapat mengaplikasikan pesan Ulama dengan menjadikan Al-Quran sebagai solusi dalam organisasi. Ada juga perkongsian tentang organisasi yang membudayakan Al-Quran & Al-Sunnah di tempat kerja dalam melahirkan keystone habits untuk mewujudkan tingkah laku dan budaya yang baik dalam organisasi

Jelas sekali program 5 hari ini dapat membawa satu perubahan kepada masyarakat yang mengamalkan perkongsian yang bakal diberikan ini.

Bagaimana nak daftar?

Jangan lepaskan peluang untuk sertai program yang bermanfaat dan penuh dengan ilmu yang akan disampaikan oleh mereka yang hebat.

Kepada mereka yang mahu daftar, kalian boleh pergi di link ini http://bit.ly/SiriKeagunganQuran. Masuk adalah percuma. Kalian juga boleh bawa rakan-rakan yang lain untuk turut serta program ini. Jangan lupa untuk sebarkan kepada orang lain.

Ataupun kalian juga boleh scan QR Code di bawah untuk pendaftaran;

Terima kasih.

#WorldQuranHour #QuranHour #MisiAlKahfi2019


Spread the love

2 Comments

  1. alQuran adalah kitab yang belum diselongkar sepenuhnya. Kebenarannya terbukti sepanjang sejarah sejak ayat pertama diturunkan. Dikatakan dalam 20-30% lagi belum terbukti, Ia akan terbukti 100% sebelum dunia berakhir. Jadi tanggungjawab semua umat Islam untuk membongkar dan membuktikan kebenaran alQuran.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Tidak Tahu Mahu Jual Apa Di Ebay? Jual Roti Bakar!My Profile

    1. Yupp. Ada benar nya tuan. Kalau nak tahu lebih mendalam mengenai Surah Al-Kahfi, boleh join program percuma ni. Insyallah banyak ilmu yang bemanfaat akan di share. Jumpa di sana !

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!