Sifat orang yang berjaya berdasarkan Surah Al-Mukminun

Spread the love

Setiap orang pasti menginginkan kejayaan. Apatah lagi pada tahun baru ini, pasti azam baru yang diletakkan adalah untuk meraih kejayaan. Sama ada kejayaan itu berbentuk kekayaan, pada pelajaran mahupun ibadahnya, itu semua adalah berdasarkan azam yang ditetapkan masing-masing.

Dan Allah tidak pernah menghalang hambaNya untuk berjaya bahkan Allah amat menyukai kita berlumba-lumba ke arah kejayaan kerana mukmin yang berjaya adalah yang sentiasa maju ke hadapan dan boleh menyumbang kepada orang sekeliling juga.

Namun, tahukah anda, dalam surah Al-Mukminun ada diceritakan mengenai sifat-sifat orang berjaya, antaranya ialah;

1) Orang yang khusyuk dalam solatnya

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Mafhum: “Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (23:2)

2) Tidak melakukan perkara yang sia-sia

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Mafhum: “Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (23:3)

3) Menunaikan zakat

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

Mafhum: “Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).” (23:4)

4) Menjaga maruah diri

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

Mafhum: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya.” (23:5)

5) Menjaga amanah dan janji dengan baik

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ 

Mafhum: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.” (23:8)

6) Menjaga solatnya dengan baik

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Mafhum: “Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.” (23:9)

7) Takut kepada Allah

إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) tuhan mereka.” (23:57)

8) Tidak syirik kepada Allah

وَالَّذِينَ هُم بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ 

Mafhum: “Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan tuhan mereka.” (23:59)

9) Yakin kepada Allah

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Mafhum: “Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada tuhan mereka.” (23:60)

10) Berlumba dalam melakukan kebaikan

 أُولَـٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

Mafhum: “Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan mereka orang-orang yang mendahului pada mencapainya.” (23:61)

Setiap orang sentiasa diberi peluang oleh Allah untuk meraih kejayaan. Allah akan menghantar ujian sementara kepada hambaNya sebagai warna-warna kehidupan untuk menguatkan lagi manusia dalam menempuh kehidupan ini.

Justeru, contohi sifat-sifat orang berjaya berdasarkan surah ini agar kita bukan sahaja boleh meraih kejayaan di dunia bahkan juga di akhirat.

Wallahu a’alam

Sumber: Tzkrh


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!