Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lama juga kami tidak menjengok rakan-rakan di Kemboja kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke 13. Kami dalam eQurban memang mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi tetap boleh bekerjasama dengan harmoni kerana mengamalkan kesederhanaan. Kita sering melaungkan slogan demokrasi tetapi ramai yang tidak dapat mengamalkan dengan memaksa orang lain mengikut fahaman kita. Demokrasi itukan maksudnya bebas memilih ideologi dan sanggup menerima kemenangan pilihan majoriti biar pun hanya dengan kelebihan satu undi.
Kembara musafir Kemboja kali ini agak mencabar kerana dalam tempoh tiga hari kami akan bergerak dari Siem Reap terus ke Battambang dan berakhir di Phnom Penh. Perjalanan ratusan kilometer kali ini pasti tidak akan membosankan kerana kami akan ditemani oleh Ustaz Noehas dan Hj Zainal yang memang banyak ceritanya. Banyak program telah diatur oleh rakan kongsi kami, Koperasi Muslim Kemboja yang akan dikongsikan di entri ini.
Sampai seawal lima pagi dan sempat ngopi di LCCT sementara menunggu AirAsia ke Siem Reap.
Alhamdulillah tepat jam 7.50 am waktu Kemboja lewat satu jam daripada waktu Malaysia pesawat AirAsia selamat mendarat.
Daripada Angkor International Airport Siem Reap kami dibawa terus ke Restoran Muslim Family kepunyaan Ustaz Hj Musa (hp +85512946220) untuk sarapan pagi. Restoran Halal ini disebelah masjid terletak di Stung Thmey Village, sebuah perkampungan Islam di pinggir bandar Siem Reap. Restoran ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi yang membuatkan semua terpaku mengadap smartphone update facebook dan whatsapp.
Lokasi pertama tujuan kami selepas sarapan pagi adalah Tongle Sap, tasik tawar terbesar di Asia Tenggara. Musim sekarang musim panas jadi air memang surut dah keroh. Tasik ini dikelilingi kampung terapung dan mencari sumber pendapatan kepada penduduk yang menjadi nelayan.
Dalam perjalanan pulang dari Tongle Sap kami singgah di Masjid Ar Rafee’ah yang selesai pembinaan pada tahun 2012 dan Madrasah Ar Rafee’ah dalam proses pembinaan.
Kami makan tengahari di Restoran Muslim Family dengan hidangan istimewa “Daging Lembu Naik Bukit”, pelik namanya tapi sedap rasanya. Banyak juga restoran halal di Siem Reap antaranya D’Wau dan KFC. Setelah solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Al Nikmah, masjid terbesar di Siem Reap sebelah restoran Muslim Family kami bergerak ke Angkor Watt.
Rugi kalau datang Siem Reap tak merasa makanan istimewa yang dinamakan Kelan seperti lemang tapi dengan resipi berbeza ada tambahan kacang. Cuaca panas memang segar bila dapat basahkan tekak dengan air tebu yang segar dan manis kemudian pekena air kelapa yang muda, sejuk dan manis.
Setelah melawat Angkor Watt dengan bayaran masuk usd20 seorang yang merupakan antara tapak sejarah dunia kami bergerak menuju ke Battambang. Kami sampai di Hotel Khemara Battambang sebelum maghrib setelah mengharung perjalanan lebih 3 jam. Selepas membersihkan diri kami dibawa ke Masjid Dhia Uddin untuk solat Jamak Isyak dan Magrib, makan malam dan mengikuti majlis ceramah oleh mufti Kemboja, Datuk Kamaruddin.
Selesai majlis kami berehat di hotel kerana hari kedua akan ada majlis perasmian sekolah dan bergerak pula ke Phnom Penh dengan perjalanan lebih 300 km.
59 Comments
jarang dgr nama Battambang … sampai pun belum
boleh masukkan dlm next-trip-list 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Sejenak di Pullman Putrajaya Lakeside
jauh perjalanan luas pandangan… suka sangat dengan perjalanan macam ni .. berjalan sambil beribadah.
Curahan rasa staibaqhang @ ..Slow Shutter Photography Atau Long Exposure
Satu perjalanan jarak jauh yang penuh bermakna dan berilmiah.
Curahan rasa hatiputera @ ..Alexa Oh Alexa
Pernah dengan jugak menu special tue oleh rakan blogger yang pernah ke sana… harganya pun murah dan berbaloi
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..WW : Wi-Fi SELANGORKU yang PERCUMA
Perjalanan yang menyenangkan dan juga bermanfaat tentunya.
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Minum Air Putih Bagi Kesehatan
siapa yang berani pegang ular tu…hehe
Curahan rasa PerenLee @ ..10 Gambar Haiwan Yang Lucu #03
saya terlihat ada satu gambar panorama..iphone 5 kah? hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW- Sekarang Macam² Ada
mcm best je tempat ni…
Curahan rasa jeff @ ..How To Speed Up Computer
bukan macam bro,memang…
Curahan rasa PerenLee @ ..10 Gambar Haiwan Yang Lucu #03
besarnya ular sawa tu….
Curahan rasa ella @ ..How To Speed Up Computer
Saya pernah nampak yang lagi besar dari tu kat kampung…
Curahan rasa PerenLee @ ..10 Gambar Haiwan Yang Lucu #03
semoga bro DH dimurahkan lagi rezeki…
Curahan rasa hafiz @ ..Tips keselamatan di rumah
Semoga berjalan dengan lancar perjalanan kali ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Dari Puasa
Insya-Allah jika ada rezeki suatu hari nanti teringin juga hendak bercuti ke sana…
Curahan rasa papa mifz @ ..Homestay Murah di Melaka
Sesekali pergi ke tempat macam ni seronok juga,tambah dalam wishlist untuk ke sana satu hari nanti
Curahan rasa wazy @ ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 6
Dah lama pasang impain nak pergi sini..tapi belum berkesempatan..nway makanan tu nampak best aje..and yang lemang tu sebijik samakan..
Curahan rasa raudzah @ ..Tsunami Ais Di Kanada
Comments are closed.