Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin Allah kali pertama dipertemukan Allah SWT aku dengan insan hebat Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki di majlis bersama pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur, Muar yang diadakan di Masjid Kesang Laut. Penuh masjid melempah ruah jemaah dari seluruh kampung bukan sahaja pelajar madrasah hingga ke jalan meraikan kedatang Sheikh Abdul Karim.
Pertemuan kali pertama di Madrasah An Nuur menjadi permulaan sebuah persahabatan dan kami bertemu sekali lagi ketika mengiringi Ustaz Azhar Idrus menghadiri majlis Maulidur Rasul di Masjid Sultan Singapore.
Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi. Sheikh dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram dan boleh meniru lebih 15 suara pembaca AL Quran yang hebat-hebat termasuk Sheik Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy. Berketurunan kacukan Melayu dan Thailand dan boleh bertutur dalam bahasa Melay dengan baik walaupun lama menetap di Mekah.
Sheikh Abdul Karim mula belajar dan mendalam talaqqi dan hafiz Al-Quran bermula pada usia 8 tahun di Masjid Al_Haram. Kemudian menyambung pelajaran di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Arab Saudi dan melanjutakan pelajaran di Maahad Darul Maarif, Thailand dan Maahad Ali Li Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiayyah (MADIWA) Perak. Menamatkan pendidikan Syariat Islam dari Universiti Al Azhar dan mendapat biasiswa jurusan Tafsir dan Hadis di Universiti King Saud, Arad Saudi.
Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam disamping menjadi jemputan di rancangan di TV9 dan TV Hijrah. Beliau juga antara muazim yang azan di TV9 dan TV Hijrah. Boleh dapatkan CD bacaan ayat Al Quran Sheikh Abdul Karim di kedai-kedai yang menjual CD agama.
Joom kita saksikan video biodata Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki.
49 Comments
Alhamdulillah..
bertuah berjumpa dengan insan yang hebat.. 🙂
Curahan rasa HafizAmri @ ..Jadilah Orang Yang Beruntung
subhanallah 🙂 thank you for sharing your article
Curahan rasa Chandra Septian @ ..Ingin Nonton Langsung Arsenal vs Indonesia Dream Team ?
oh imam di Masjid Sultan Salahudin rupanya….
Curahan rasa papa mifz @ ..Wordless Wednesday – Nasi Beriyani Ayam Tandoori Restoran Kapitan
Suara merdu dari Seikh Abdul Karim Omar, sangat menenangkan hati.
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Seorang Ilmuan Menemukan Gerbang Neraka
Indahnya bertemu dengan insan hebat.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Komponen Penggunaan Dana Bantuan Operasional Sekolah BOS
Sungguh menenangkan hati suara Sheikh Abdul Karim ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Wanita Sulit Untuk Hamil
Suaranya bagus sekali didengarnya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Perawatan Bayi Baru Lahir
hebat dia ni… Alhamdulillah..
Sedap dengar suara Sheikh Abdul Karim.. In shaa Allah esok akan pergi sana..
Curahan rasa Anarm @ ..Aktifkan Semula Iklan Google Adsense
Beruntung Tuan DH dapat bertemu dan bergambar dengan insan yang hebat..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Seminar Buat Duit Dengan Blog
alangkah manisnya dapat peluang berjumpa dengan ulama dan insan yang hebat ini…
Curahan rasa yangbaik @ ..Antara ikhlas dan benar
In Syaa Allah saya akan berada di sana jika tiada halangan…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Bangkitnya Zarul Umbrella – Blog
kebetulan esok balik kampung Kuala Selangor pulak..
tapi tidak mengapa… selalu juga jumpa dia.. rumah saya dan masjid shah alam tak smpi 500m.. kalau azan tu, selalu dengar dari rumah… kekadang subuh ke, maghrib atau isyak sudah tahu imam mana. kerana suara nya amat unik..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembaraku
tentang CD tu saya akan tanye abang ada stok lagi tak kerana sheikh amanah kan pada abang saya untuk menjual.. kalau ada stok, saya akan confirmkan di sini..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembaraku
yeaah 1st! hihi…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..QURAN DIGITAL READ PEN MY-QALAM: AFFILIATE
Tahniah jadi pengomen pertama di sini
Curahan rasa denaihati @ ..Madrasah Tahfiz An Nuur perkenalan dari sebuah entri blog
1st komen ke?
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..QURAN DIGITAL READ PEN MY-QALAM: AFFILIATE
ala tak sempat jadi fisrt.. haha
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembaraku
haha… ni 1st time hanif jadi 1st pengomen di blog denai hati… lala~
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..QURAN DIGITAL READ PEN MY-QALAM: AFFILIATE
ohyeke…. iskh menyesal tak komen first tadi.. ahhaha… sebab terus karang ayat kan..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembaraku
Comments are closed.