Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua perkara yang kita hadapi adalah pilihan yang telah kita lakukan sendiri mengikut keadaan sekeliling, kehendak serta kepuasan. Setiap pilihan itu, akan membuat kita bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.
Sama juga dengan perhubungan, untuk setia atau berlaku curang mahupun menjadi orang ketiga, itu semua pilihan yang kita pilih tanpa ada pihak yang memaksa. Jadi, mari kita baca sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai pilihan ini.
Setia atau curang itu pilihan. Menjadi orang ketiga juga sebuah pilihan.
Buat suami yang pernah terniat atau tanpa sengaja menduakan isteri yang dinikahi, cuba duduk dan fikir sebentar.
Untuk apa perlunya yang lain? Sedangkan bahagia sudah ada di depan mata. Ada anak-anak yang menceriakan siang dan malam.
“Isteri saya tidak secantik dahulu.”
“Isteri saya tidak pandai masak, kemas rumah.”
“Isteri saya asyik nak marah-marah je sekarang.”
Wah, bukan main lagi alasan yang diberikan. Apakah perkahwinan hanya untuk sebuah kecantikan. Kalau tahu isteri tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, ajak dan ajar isteri. Isteri suka marah-marah mungkin juga berpunca daripada sikap suami sendiri.
Cuba fikir, selama ni siapa yang basuh, sidai dan lipat baju. Selama ni siapa yang masak untuk kenyangkan perut kau tu. Pergi kerja baju elok bergosok, siapa yang buatkan. Anak-anak siapa yang mandikan, buat susu, beri makan dan berjaga tengah malam kalau anak tidak sihat.
Adakah kau yang lakukan semua sendiri tanpa perlukan pertolongan isteri? Atau kau langsung tak pernah buat semua tu. Duit belanja RM100 pun susah nak bagi kat isteri. Meskipun isteri bekerja, nafkah tetap wajib diberi.
Siapa yang terima kau masa kau tak punya apa-apa dulu? Siapa yang sanggup tempuh hidup susah dengan kau dulu? Sanggup basuh baju pakai tangan sebab baru pindah rumah. Sanggup tidur beralaskan toto sebab tahu kau belum mampu nak sediakan semua tu.
Tetapi, bila dah kaya, dah senang sikit-sikit, mula nak cari lain. Mula burukkan isteri. Macam la kau tu sempurna segala-galanya.
Untuk yang pilih menjadi yang ketiga pula, bagaimana kau tega melukakan hati yang juga seorang perempuan? Kalau ayah kau kahwin lain, kakak kau diduakan tahu pula kau marah dan geram.
Letakkan diri kau pada tempat isteri yang pertama. Apa kau akan rasa. Atau kau jenis yang langsung takde perasaan. Jangan fikir diri sendiri je. Fikir juga hati dan perasaan orang lain.
Kau nampak lelaki tu segak bergaya, berduit. Tapi kau tahu tak kerana siapa dia jadi sebegitu? Kerana seorang isteri yang sentiasa di sisi. Kau senang-senang je nak rampas kebahagiaan orang.
Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup ni. Allah kurniakan kita akal dan fikiran untuk memilih.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta membantu kita untuk melakukan pilihan yang betul dalam perhubungan yang dibina atau bakal dibina.
10 tips bina keluarga bahagia
1. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.
Amalan bermesyuarat mampu menarik hidayat Allah SWT,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
2. Si suami perlu memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan.
Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai juga suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
3. Perlu membentuk sifat cemburu yang positif antara suami isteri.
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya mempunyai sifat cemburu kerana dia akan rasa dihargai.
4. Di dalam kekeluargaan gunakan lah Nabi Muhammad sebagai model.
Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
5. Jangan terikut-ikut sikap negatif dan haruslah sentiasa berubah ke arah positif.
Sebelum cuba mengubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
6. Pamerkan kematangan yang tinggi.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. Malah dapat mengelak konflik berpanjangan.
7. Mahir dan bijak dalam menguruskan keluarga.
Suami mahupun isteri perlu peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternative penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
8. Membaiki diri secara berterusan.
Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
9. Seimbangkan hidup dengan sempurna.
Rajin di tempat kerja malah di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Jangan membezakan keadaan di luar dan di rumah, perlu seimbang sama rata tanpa prejudis.
10. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.
Lakukan riadah, berdiet, kurangkan merokok tetapi seeloknya cuba berhenti demi kesihatan keluarga, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
5 Comments
Manfaat sekali informasi dari artikel ini terutama untuk kalian yang sudah mempunyai keluarga dan pelajaran bagi kalian yang masih sendiri. Semangat terus, karena orang baik untuk orang baik pula
Benar. Untuk setia atau berlaku curang mahupun menjadi orang ketiga, itu semua pilihan yang kita pilih tanpa ada pihak yang memaksa. Tepuk dada tanya iman.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Minumlah Madu Setiap Hari Dan Rasakan 10 Manfaat Ajaib Kepada Tubuh Anda
terima kasih pak admin denai hati telah membagikan artikel yang sangat bagus dan bermanfaat seperti ini,semoga sukses slalu bagi denai hati.
mantap sungguh informasi ini..
ujian rumahtangga sangat hebat kerana ada sahaja pihak ketiga yang cuba untuk menghancurkan rumahtangga..
jalan selamat….berdoa kepada Allah dan berusaha meningkatkan amal dan iman
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lelaki Kiriman Tuhan sebagai tagline blog
Pilihlah yang terbaik. Sesudah memilih terimalah seadanya. Membina keluarga bukanlah ibarat berjalan ke satu destinasi
Curahan rasa JMR @ ..Usahawanita Berjaya Ini Berkongsi 10 Nasihat Aliff Syukri Untuk Anak Muda. Nasihat Ke-9 Sangat Aku Kagum!
Comments are closed.