Sepatut jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Tak ramai yang tahu … mungkin tak ada yang tahu pun sepatutnya aku ini dah jadi seorang Doktor yang mungkin menjadi pensyarah kepada Blogger Fatin Liyana. Kalau tak silap pernah tulis cerita ini dalam entri entah berapa tahun yang lepas … tapi bila terbaca entri Dr. Fatin Liyana teringat kembali nostalgia lama.

Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat) – Fatin Liyana

Dalam sejarah hidup memang tak pernah pun ada cita-cita nak jadi Doktor … aku orang kampung abis tinggi pun nak jadi cikgu, polis atau askar. Lainlah adik aku nak jadi Perdana Menteri … sampai sekarang jadi bahan bualan pakcik-pakcik bila berkumpul hari raya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Habis SPM dapat offer buat special training untuk pergi oversea. Masa isi borang pilih tiga jurusan semuanya aku pilih jurutera tapi tak de rezeki dapat Business Study di Indiana University, USA. Kebetulan masa tu ekonomi Malaysia tengah gawat ramai yang balik menganggur terutama lepasan Business Study. Kepala otak aku bergerak pantas memikirkan cara nak keluar jadi pilihan terbaik tukar kursus dari Business Study kepada Kedoktoran.

Sebab aku tukar kursus maka JPA hantarlah aku ke UKM. Setahun buat matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras kemudiaan sambung di UKM, Bangi. Setahun di UKM beratus pelajar berjuang untuk layak masuk kursus Kedoktoran tapi tidak untuk aku sebab sebenarnya bukan aku nak jadi Doktor. Manusia merancang tuhan menentukan ingatkan belajar main-main boleh lepas rupanya aku terpilih ke UKM, Jalan Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran.

Nasi Lemak AirAsia yang kontroversi

Pendek kan cerita selepas dua minggu jadi pelajar berubatan aku ambil keputusan keluar daripada kursus kedoktoran. Kawan-kawan aku sekarang semua samada dah jadi doktor pakar, pensyarah dan ada juga dah kaya raya buka klinik. Bayangkan kalau aku sambung belajar mesti dah jadi Doktor dan sangat tak mustahil aku menjadi Doktor Pakar Perubatan dan Pensyarah yang akan membuli Dr. Fatin Liyana dan bini Bro Framestone. Mungkin Allah dah tahu niat buruk aku maka dialihkan hati aku.

Kami ibu bapa menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern Loo untuk menukar jurusan bidang perubatan tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan sehingga membunuh diri – Sumber

Bila duduk sorang-sorang mesti senyum sebab akhirnya Allah takdirkan aku jadi usahawan kecil-kecilan walaupun tak minat nak buat kursus Business Study. Kalau tak jadi usahawan mesti aku dah jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana. Tu lah perancangan ALLAH lagi hebat. Kalau tak boleh buat jangan paksa takut jadi macam kes bunuh diri Aivern Loo.

Bagaimana pulak kisah kerjaya anda … ada tak yang belajar lain tapi kerjayanya lain??


Spread the love

96 Comments

  1. Tahniah la tuan dah jadi usahawan dan blogger berjaya. Itu semua kerana pilihan dan kehendak diri sendiri yang tak boleh dipaksa oleh orang lain.

    Cuma saya pernah dengar salah seorang kawan saya pesan, kalau nak pilih bidang, bukan sahaja pilih bidang yang kita minat, tapi bidang yang kita rasa paling berbakat dan boleh pergi jauh. Nasihat yang baik juga sebenarnya.

    Contoh macam seorang peminat komik, belum tentu dia berbakat dalam melukis komik. Mungkin minat dan mampu baca komik je.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  2. Bagus la bertukar bidang cepat-cepat. Sebelum terlambat.
    Ada kes di mana pelajar perubatan dah sambung sampai 2 tahun matrikulasi dan 3 tahun perubatan.
    Bila sampai ke bab praktikal, ada juga segolongan kecil yang terkandas, sebab tak minat nak jumpa pesakit.
    Dah nak habis dalam 2 tahun lagi, terpaksa keluar sebab tak boleh ‘pergi’. Ini memang menjadi kisah benar.
    bukan saya la.

    So, sesiapa yang nak tukar bidang, tukar je sebab benda minat dan kecenderungan ni, tak boleh nak dipaksa.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  3. Hahaha.. kerjaya saya biasa2 je sekarang. Tapi dulu ambik ijazah accounting, sayangnya sekerat jalan. Ingat bercita cita nak buka firm sendiri. Last-last kelaut. Nik nak sambilung study lagi. Harap nya, mampu sambung sampai ke habislah.
    Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Nuffnang !My Profile

  4. Dulu wan pun tak pernah terfikir nak jadi engr. Wan minat nak jadi cikgu atau ustaz ja.
    Hahahaha…kemain lagi cita-cita. Apapun, redha ja dengan apa yang wan jadik sekarang. Ada kalanya apa yg dirancang tak jadi. Maka terimalah seadanya. Kalau tak sekarang wan tengah mengajar budak2 yg kena repeat paper UPSR kot. Huhuu…
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  5. salam,
    bila mengenangkan kisah lampau..rasa macam nak balik semula..tp walau mcm mana pun sekali..kite manusia tak boleh nak undur masa..kehidupan perlu di teruskan..cuma yang kita tak tahu adalah apa yang akan jadi pada masa akan datang…dulu masa sekolah malas nak belaja..tp bila dh mula kerja..terasa nak sambung belajar…teringat di zaman kolej…kawan2 semua belaja guna loan…saya 100% ‘FAMA’ tanggung..hihihi..tapi tak guna nye ngan betul..belaja main2..tp syukur alhamdulillah..abis belajar terus dapat peluang kerja sebagai designer..tp setahun jer..company tu ada problem..then jadi marketing..yg xde kena mengena ngn waktu belaja…selama 2thn kje..then bhnti..blk kg..coz nk jaga mak yg sakit…now back on my track..walaupun dok kg..tetap dapat peluang kerja as designer..syukur alhamdullilah coz Allah s.w.t masih beri peluang..walaupun gaji x bsr mana..atleast aku boleh tgk2 kn mak……
    #juz ingin berkongsi cerita.. 😉

  6. Minta admin delete gambar kak Fatin Liyana. She is now trying to improve herself. Harap kerjasama. Terima Kasih

  7. Salam,
    Appreciate the article tapi nintak jasa baik untuk delete gambar selfie sy diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih

  8. Belajar kt indiana uni thn brape ye?? Sbb abg sy pon dr uni ni.. tp skarang dia sakit.. koma thn 2008.. bila sdr byk mde dia x igt.. n jd slow sgt..

  9. saya tak pernah trpikir nak jdi macam skarang. spm biase2 je. stpm pn biase2. then dapat blajr di USM. lpas degree, ada niat nak bernikah. tpi family tak suka dngan pilihan. Di sebabkan marah dan ikut perasaan sngat, saya apply buat master’s. then, saya dapat buat MASTER’S DEGREE IN SOCIAL SCIENCE. padahal memang tak nak sngat belajar. pergi pun sbab nak hbiskan duit parents. marah punya pasal. nak nikah tak dapat… hehehehe…. memang parents yang support 100 %. sya dah cakap awl2 xnak buat pinjaman. tapi….mungkin doa dari parents, saya dapat kptusan yang lagi baik berbanding dngan masa degree dlu. now, saya buat bisness online. saya tak minat bekerja dngan mane2 agensi kerajaan mahupn swasta… saya mula dri bawah… pada sya, biar saya susah dlu asalkan saya puas ati dengan apa yng saya buat. nasihat saya….jngan la ikut perasaan… nanti jdi macam saya…. doakan saya berjaya yer.. 🙂 :0

  10. Cita2 masak kecik.. Biasalah mesti naik jadi doktor sbb boleh bantu and rawat org yang sakit sbb contoh dah ada didepan mata iaitu arwah ayah tapi Allah lebih sayangkan dia.. Dia dijemput dahulu setahun selepas itu ibu pula menyusul arwah ayah..
    Allah lebih menyayangi mereka berdua… Life must go on… Mmg tekanan sgt masa tu.. Belajar sampai tingkatan empat.. Tapi rasa diri tak teruskan sbb kemelut hidup… Umur 16 dah mula bekerja.. Skrg syukur alhamdulillah mempunyai suami dan 4 org anak… 2 dah menengah.. next year seorg lagi masuk menengah… Now masih bekerja… Kerani pon kerani lah asalkan rezeki yang halal…rasa nak further study dekat OUM tapi mcm dah lmbat sgt rasa otak pon dah berkarat… Mgkin allah dah tentukan takdirku begitu… Bersyukur pada apa yang ada.

    1. Tabik ar..betol la kje mkn gji idup jd terikat..tp syangnye sy bkn bjiwa bisnes..xde penglaman..huhu

  11. hmm sy pon pernah jgk nak jd doktor cz my mom inspired me to be a doctor, sbb itu pekerjaan mulia blh tlg ramai org dan ia satu karier yg dipandang high class dlm masyarakat..dari kecik dia selalu panggil saya doktor amira.. tapi sbnrnyer jauh disudut hati masa tu nak jadi cikgu dan ustazah..agaknyer mmg dah ditentukan jln hidup ini masa zaman sekolah menengah saya cuba untuk belajar dan cuba dapat keputusan yang cemerlang untuk laksanakan impian ibu.. tapi errmm keputusan peperiksaan saya sederhana..saya hanya layak untuk menceburi bidang kewangan dan pelaburan ,mungkin kerana rezeki yg Allah tentukan utk saya bkn dlm bidang kedoktoran.. alhamdulillah tercapai jgk cita-cita yg saya cintakan msa kecik dulu tercapai even jd cikgu sandaran jer utk part time masa cuti sem dulu..hmm masa remaja cita-cita saya nak jadi akauntan dan pelabur yang kaya..insyaallah akan tercapai bila saya habis degree ni..walau payah perjalanan hidup ni..byk dugaan ( pernah repeat paper) tapi saya percaya “path of our life ” ditentukan oleh Allah..walau apepon yang kita nak jadi akan tercapai dengan usaha dan izin dari yang maha kuasa..insyaallah. saya juga bercita-cita untuk menyambung pengajian hingga ke tahap P.H.D, untuk laksanakan impian ibu saya yang dari kecik nak sgt tgk saya jadi “doktor”, huhu saya tak dapat nak tunjuk kat mak yg saya ni doktor perubatan tapi saya akan buktikan kat mak saya yang saya mampu jugak jd doktor , bukan doktor perubatan tapi “doktor falsafah”

  12. kecik2 dulu paling tinggi cita2 nak jd pramugari (ikut cita2 kawan!), cita2 sendiri nak jadi cikgu (motif …holy la sangatttt)… tp Allah bagi lebih baik dari apa yang dicita2kan…Alhamdulillah…tkasih tuhan!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!