Senja Kenangan

Spread the love

Asslamualaikum dan salam 1Dunia, dari kejauhan teringat aku kisah semasa kanak-kanak. Setiap petang adalah saat merdeka yang ditunggu. Berlari bebas di luar rumah meredah belukar, terjun bebas dari pokok ara ke dalam lubok sungai, berlaga betis bermain bola di atas pasir sungai, melastik burung kelicap, mengecai kolam mencari anak pelaga dan macam-macam aktiviti lain yang membina minda kreatif.

Apabila hari menjelang senja bergegas masing-masing menuju rumah takut pintu dikunci kerana terlambat. Pernah beberapa kali terlewat dan habuannya meraung di depan pintu menagih simpati dibukakan pintu sebelum abah balik. Kalau terserempak dengan abah memang siaplah kena marah.

Semua itu sudah tiada lagi untuk generasi baru kerana itu mungkin kebanyakan mereka tidak lasak dengan kerenah dunia. Kesiankan tetapi masa tidak boleh diputar kerana teknologi terus bergerak pantas.

Berikut beberapa gambar Senja Kenangan yang aku rakam menggunakan iPhone 4 di lokasi berbagai negara. Begitulah hebatnya iPhone 4 seperti yang aku tulis dalam entri “iPhone 4S bukan sekadar telefon“. Setiap gambar ada nostalgia yang terpahat di hati.

20111102-210339.jpg

20111102-210624.jpg

20111102-210711.jpg

20111102-210738.jpg

Kekadang terasa dunia sudah terlalu senja bagai siang sudah sedia melabuh tirai malam.


Spread the love

103 Comments

  1. memang btol laa.. takleh balik lambat.. takut kena kunci pintu.. hehe.. budak2 sekarang ni asyik dengan playstation, xbox je.. sampai tak reti nak buat aktiviti luar rumah.. jadi manja melampau2 pulak tu.. yang jenis tak reti balik rumah pon ada.. tak takut langsung dengan mak abah..

    rasa nak tengok movie ‘Grown Ups’ pulak lepas baca entri ni..
    Curahan rasa Anarm @ ..KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRARMy Profile

    1. Aku suka sekali senja, meski senja adalah kelabu tidak terang dan tidak gelap, meski senja adalah perpisahan antara pagi dan malam, namun senja itu sederhana,,

      Aku suka sekali senja, apalagi saat melihatnya di pantai,, di puncak gunung,, indah sekali,,

      Namun suatu kali aku pernah tak suka senja, saat perpisahan benar-benar tiba padahal harusnya aku sadar akan perpisahan karena aku melihat senja dan menyukainya.

  2. zaman terus berubah, anak2 sekarang lebih banyak masa terluang main ipad, facebook, online game DLL. Apa yang saya risaukan adalah dari segi kesihatan (fizikal) kerana dulu kita masa kanak2 tiap2 petang berpeluh dengan aktiviti yang menyihatkan..
    Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar pagi AidiladhaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!