Senarai semak para pengundi pilihanraya umum 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini merupakan hari penamaan calon yang berlangsung di seluruh negara. Sebagai pengundi, ini merupakan detik penting untuk semua. Siapa yang tercalon, siapa yang perlu diundi akan dapat diatur selepas ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil kira oleh para pengundi.

senarai semak pilihanraya 2018

Semak lokasi tempat mengundi anda

Sebagai pengundi, ini antara perkara pertama yang perlu kita lakukan. Sila buat semakan lokasi tepat di mana anda perlu mengundi untuk tahun ini. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

kaedah pertama adalah menggunakan Portal Online SPR, di mana anda boleh memasukkan nombor kad pengenalan, dan paparan info lokasi tempat mengundi akan terpapar.

semakan daftar pemilih di portal SPR

kaedah kedua adalah dengan menggunakan fungsi SMS, hanya perlu hantar SPR SEMAK [nombor kad pengenalan] ke 15888. Caj perkhidmatan sebanyak 20 sen (tidak termasuk GST) dikenakan untuk setiap semakan.

kaedah ketiga adalah dengan memuat turun aplikasi SPR SEMAK dari Google Appstore untuk Android atau Apple Appstore untuk pengguna iOS.

Aplikasi SPR Semak 2018

Menggunakan aplikasi SPR Semak ini, anda juga boleh melihat senarai calon mengikut kawasan, sama ada calon Parlimen mahupun calon untuk DUN. Senarai keputusan dan perkara lain berkaitan dengan Pilihanraya Umum 2018 ini juga akan boleh disemak terus menggunakan aplikasi ini.

Tarikh-tarikh penting sempena pilihanraya umum 2018

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu kita ketahui untuk pilihanraya umum kali ini.

  • 9 Mei 2018 – Hari mengundi di seluruh Malaysia
  • 5 Mei 2018 – Hari mengundi awal untuk pengundi tertentu
  • 28 April 2018 – Hari penamaan calon
  • calon dibenarkan untuk berkempen selama 11 hari
Infografik PRU 14.
sumber: bernama.com

7 langkah mengundi yang perlu anda patuhi

Apabila ingin mengundi, ada beberap perkara yang perlu anda ketahui agar perjalanan mengundi anda akan lebih lancar. Berikut adalah 7 langkah yang digariskan untuk para pengundi di pusat mencabut undi.

  1. Sila masuk apabila diarahkan untuk masuk oleh pihak yang menjaga pintu masuk
  2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada catitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian kedua Letakkan tangan di atas pad dakawt kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanpa pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi dariapda Kerani Pengundian Ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruangan calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
  7. Keluar segera dari tempat mengundi

Ini adalah 7 langkah mudah yang perlu anda patuhi.

Panduan cara mengundi PRU 14

Tips-tips semasa hari cabutan mengundi

Beberapa tips untuk para pengundi semasa hari cabutan undi yang akan berlangsung seperti dinyatakan di atas.

  • Pastikan anda tidak berebut-rebut semasa ingin mencabut undi.
  • Sila hanya tandakan pangkah X pada kertas undi
  • Pilih hanya satu calon sahaja untuk setiap kertas undi
  • Keluar awal untuk elakkan tergesa-gesa dalam perjalanan ke pusat undi
  • Elakkan melakukan sebarang provokasi sepanjang tempoh kempen dan semasa di pusat mengundi
  • Undi adalah rahsia, tak perlu canang kepada semua orang siapa yang anda undi
  • Mengundilah dengan bijak, pilih calon yang anda rasakan akan dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara

Semoga pilihanraya kali ini akan berjalan dengan lancar dan kita akan mendapat pemimpin yang akan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.


Spread the love

26 Comments

  1. Tips pertama, pastikan anda tidak berebut-rebut semasa ingin mencabut undi sangat perlu .. kalau tak kelam kabut

  2. Tak sabar lak rasa nak semak daftar pengundi untuk PRU 15 hahah.. padahal tak sampai setahun pun lagi PRU 14 hik hik

      1. Realitinya macam tu kan, mereka hanya menjalankan tugas sebagai penggerak, sebahagiannya dipengaruhi oleh pemerintah semasa.

    1. Berat tugasan seorang YB sebenarnya. Tak leh sewenang-wenangnya buat kerja jika tak, rakyat pasti akan tukar lg pada next PRU

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!