Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah acara anugerah hiburan pilihan peminat terunggul anjuran BH setiap tahun sejak 1987. Ketika itu, ia dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular (APPP). Bertahan 32 tahun, ABPBH menjadi antara acara anugerah hiburan paling konsisten apabila ia dianjurkan setiap tahun.
ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak.
Pencalonan terbuka kepada penggiat seni antaranya pelakon, penyanyi, pengacara TV, penyampai radio dan sebagainya yang aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing, dengan sekurang-kurangnya satu produk dihasilkan dari Januari hingga Disember 2018.
Meneruskan rekod cemerlang sebagai acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, ABPBH kembali dengan edisi ke-32 bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’. Tema baharu ini dipilih bagi mengiktiraf kejayaan artis tempatan mengangkat bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi benua.
Kali ini, ABPBH 32 bakal menyaksikan kepelbagaian dalam pengisiannya menerusi semua platform. Ia merangkumi kandungan digital dan bercetak, media sosial, siri jelajah, aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik serta showcase istimewa yang dirancang sepanjang Julai, Ogos dan September depan.
Semua acara ini berteraskan falsafah ABPBH yang selama ini bertitik tolak kepada keupayaan individu baik artis mahu pun peminat, meningkatkan keupayaan diri, mencabar kreativiti dan memburu impian menjadi yang terbaik dalam setiap lapangan.
Tema ‘Melangkaui Sempadan’ ini juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang kini berpegang kepada slogan ‘Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat Malaysia melalui kandungan mantap dan menarik. Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.
Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular. Selain itu, lima kategori online dipertandingkan iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.
Pemenang ABPBH 32 tahun 2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32
Pemenang : Mira Filzah
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Pemenang : Raihan
Artis Sensasi Popular
Pemenang : Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular
Pemenang : Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular
Pemenang : Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
Pelakon Watak Antagonis Popular
Pemenang : Syukri Yahaya
Lagu Paling Boom
Pemenang : Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
Artis Baharu Lelaki Popular
Pemenang : Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular
Pemenang : Hanesya Hanee
Pelakon Filem Lelaki Popular
Pemenang : Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular
Pemenang : Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa
Pemenang : Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa
Pemenang : Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow
Pemenang : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow
Pemenang : Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
Pemenang : Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Artis Komedi Popular
Pemenang : Zizan Razak
Artis Versatil Popular
Pemenang : Janna Nick
Pengacara TV Popular
Pemenang : Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular
Pemenang : DJ Lin
Artis Indonesia Popular
Pemenang : Laudyia Cynthia Bella
Artis Korea Popular
Pemenang : BTS
Selain trofi utama, Bintang Paling Popular, ABPBH juga memberi pengiktirafan kepada anak seni yang banyak menabur jasa kepada industri seni hiburan iaitu Anugerah Sepanjang Hayat yang akan diumumkan pada malam kemuncak.
Acara kemuncak ABPBH 32 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 22 September 2019.
Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 32 turut ditaja oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi dan TONTON sebagai platform digital rasmi.
-Berita Harian, Gempak, Youtube-
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!
- Kutipan pecah panggung RM25 juta, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal kalahkan filem animasi antarabangsa
- Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn Cheras, manusia kalkulator Malaysia menang tempat kedua di Asia Got Talent
- Amy Search menyamar di MRT Jakarta, ramai peminat teruja nyanyikan lagu Isabella
One Comment
Selamat buat para pemenang, terbaeklah aktor en aktris Malaysia yang terpilih dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Tahun 2019.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Nobar Film Hayya Pontianak, The Power of Love 2
Comments are closed.